Monday, November 24, 2014

Poach Egg yang mengiurkan

Siapa yang pernah makan atau buat? Ada sahabat umi yang kata ini namanya roti goyang..tak kisah la apa pun namanya tapi memang umi suka makan..kali pertama buat itu pun sebab tengok ada jiran yang mengoda dalam instagram..terus rasa nak buat..umi pun usahakan google resepinya... kurang paham baca resepi..umi pun tengok kat youtube...oooo...macam tu..baru paham...ok la.. tak nak cerita banyak..meh cuba sarapan omputih ni..hihi..omputih la sangat kan?

Resepi : Poach Egg

Bahannya;-
2 biji telur
1/4 periuk air
1 sudu besar cuka
secubit garam

Sampingan;-
Roti secukupnya
Mentega secukupnya

Caranya ;-
  1. Sapu roti dengan mentega dan bakar. 
  2. Panaskan air di dalam periuk sehingga separa mendidih. 
  3. Masukkan cuka dan garam ke dalam air. 
  4. Pecahkan telur di dalam mangkuk. 
  5. Kacau air yang separa mendidih satu arah sahaja dengan laju. 
  6. Tuang segera telur di tengah2 pusaran dengan perlahan-lahan. Pastikan kuning telur tidak pecah. 
  7. Biarkan sehinga telur masak dalam 3-5 minit dan angkat. 
  8. Letakkan di atas roti yang telah dibakar tadi.

Related Posts:

  • Roti Naik Johor Assalamualaikum dan selamat pagi Bersua setelah lama umi menyepi..haha.. apa khabar.. mesti ramai yang masih cuti kan... umi nak cerita pasal roti naik Johor..umi dah pernah buat atas nama lain iaitu Roti Naik CMG dan Rot… Read More
  • Puding Roti Wholemeal Sos Kastard Assalamualaikum dan selamat petang Alhamdulillah...akhirnya ruyung dapat dipecahkan..penyakit M dan sibuk dapat diatasi... Entry pertama tahun 2014...terukkan umi ni...hihi... semoga ikatan persahabatan kita di alam maya … Read More
  • Home made Kaya Resepi 2 Assalamaulaikum dan selamat tengahari Semalam merupakan hari lahir ibu umi, Zaiton Yusof yang ke 58 tahun.. Selamat Hari Lahir ibu... Kami (siti dan adik2 serta menantu dan cucu) semua sayangkan ibu... kasih sayang ibu ta… Read More
  • Poach Egg yang mengiurkan Siapa yang pernah makan atau buat? Ada sahabat umi yang kata ini namanya roti goyang..tak kisah la apa pun namanya tapi memang umi suka makan..kali pertama buat itu pun sebab tengok ada jiran yang mengoda dalam instagram..… Read More
  • Roti Sarang Lebah..akhirnya... Assalamualaikum dan selamat petang Hari ni ada cerita sedih mengenai Allahyarham Dato Aziz Satar telah meninggal dunia pada pukul 2 pagi tadi..Semoga Roh Allahyarham di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman..ami… Read More

2 comments:

Unknown said...

assaalamm siti, nampak mcm senang je kan tapi susah nak jadi macam siti ni, nanti akak nak try jugak mesti anak-anak suka

umi's cup cake said...

Waalaikumslm kak noor..in sha Allah..kak noor mesti blh buat...bukan anak2 je suka kak noor..siti pun suka sgt..hihi

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive