Thursday, November 20, 2014

Puding Jagung Kastard Banjir

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Musim tengkujuh datang lagi..ada beberapa kawasan telah pun dinaiki air...minggu ini juga merupakan minggu terakhir cuti sekolah.. harap2 anak2 semua berhai-hati..jangan main air banjir..takut bahaya mengundang nanti..nauzubillah..mohon jauh semua tu...
Tapi kalau nak makan Puding Jagung Kastard Banjir ni tak pe...makan berulang kali pun boleh... kenapa banjir? hihi... Nampak tak gambar yang diatas tu..kan ke banjir dengan kuah koktail.. sesekali nak gempak la konon... nak promo blog pun iya jugak..hihi.. ok lah..bagi ibu2..resepi ini digalakkan di cuba memandangkan musim hujan ni..perut selalu menyanyi lagu keroncong... kalau nak makan puding jagung sahaja tanpa kuah pun boleh..penyediannnya mudah dan cepat...In sya Allah puas hati..terima kasih kak Ana Elianas dan Kak Madihaa.. sayang ketat2...
 
PUDING KASTARD JAGUNG

Resepi : Ana Elianas


Bahan-bahannya:-

1 tin jagung jenis creamy
1 tin susu cair - prefer susu IDEAL (nak wat susu lain pun boleh...tapi jenama ni cam wangi jer puding tu)
3 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung kastad

Cara :-

1. Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati kemudian masukkan semua bahan2 lain dan bancuh rata.
2. Masak puding dengan menggunakan api yang kecil...hinggalah masak (kental & berkilat). (MaDiHa masak guna kuali)
3. Masukkan ke dalam loyang atau talam.
4. Bila sejuk masukkan dlm peti sejuk sebelum dipotong.
 
 
Untuk kuahnya umi cuma tambah sendiri...
 
Bahan2 Untuk Kuah: 

1 tin susu cair
1 tin buah koktail campur
1 tin air (guna sukatan dr tin buah koktail juga) 

Cara-cara: 
  1. Masak susu dan air dengan api yg perlahan sampai didih. 
  2. Masukkan buah koktail dengan air gulanya sekali. 
  3. Biarkan kuah mendidih. 
  4. Tutup api.
  5. Sejukkan dahulu dan kemudian masukkan dalam peti ais. 
Resepi Puding Jagung Kastard Banjir ;-
  1. Potongkan puding jagung dan isikan di dalam mangkuk. 
  2. Tuangkan pula kuah koktail sehingga 3/4 dari paras puding jagung. 
  3. Puding Jagung Banjir boleh dinikmati.

Related Posts:

  • Simple Brownies Kak Fida Assalamualaikum dan Selamat petang '' Wahai bumi telanlah airmu dan wahai langit berhentilah drpd curahan hujanmu" (Surah Hud: 44)  Pagi ini umi dapat perkhabaran rakan2 di Dungun, rumah mereka pula banjir.. walaupu… Read More
  • Kuah Durian & Roti Naik Pahang Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar sahabat umi? Semoga semuanya dilindungi Allah terutamanya mangsa banjir di 3 negeri iaitu Johor, Pahang dan Terengganu... sahabat umi di Kuantan kata tak pernah banjir seteruk i… Read More
  • Kacang Kuda Rebus Ala Terengganu Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar sahabat umi semua.. hari ini umi nak kongsikan bukan la resepi sangat dan mungkin ada yang kata ini pun nak kongsi ke? hihi... tak kisah la cuma ini untuk rujukan … Read More
  • Puding Jagung Kastard Banjir Assalamualaikum dan salam sejahtera Musim tengkujuh datang lagi..ada beberapa kawasan telah pun dinaiki air...minggu ini juga merupakan minggu terakhir cuti sekolah.. harap2 anak2 semua berhai-hati..jangan main air banj… Read More
  • Pengat Labu + Jagung Manis Assalamualaikum dan selamat sejahtera Salah satu entry tertungak dari umi...hihi...sesuai untuk minum petang dan hasilnya amat puas hati...pengat ini sangat lemak dan berkrim dan in sha Allah disukai ramai...kerana umi … Read More

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive