Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Dah samapi minggu kedua persekolahan, anak2 umi pun dah boleh menyesuaikan diri dengan alam persekolahan.. semoga segalanya dipermudahkan Allah s.w.t. .. Amin.. setiap hari, sebelum tidur dan hujung minggu memang umi agak runsing memikirkan apa menu tengahari dan bekal untuk anak umi bawa ke sekolah...sebolehnya umi nak anak umi makan apa yang umi masak... walaupun bekerja, itu hasrat umi...
Salah satu yang umi buat adalah pau sambal ini untuk dibawa bekal sekolah waktu petang yang anak umi nak... nazirah minta yang agak ringan tapi kenyang... sebab sudah makan tengahari... untuk hari ini, umi sediakan kuey teow sup sahaja... In sha Allah esok umi masukkan... semoga ada idea yang ringkas tapi mengenyangkan untuk ibu2 bekerja seperti umi... yang di rumah pun boleh buat... tiada masalah... berkongsi ilmu yang memanfaat... ok lah..umi ambil resepi ini dari Blogger terkenal, Qaseh Honey... Kalau nak tengok gambar2 yang menarik boleh la klik sini... Selamat mencuba
Bahan² untuk doh
2 cawan tepung gandum
2 sb margerin
2 sb susu tepung
2 sb gula halus
1/2 sb bread softener
1 st bread improver
2 st yis
125 ml air suam
Cara² Penyediaan Doh
1. Gaulkan semua
bahan² kecuali air sampai rata, pastu masukkan air sedikit demi sedikit. uli
sampai licin n tak melekat di mangkuk.Kalau adunan kering sangat, tambah air
suam sedikit lagi.
2. Biarkan seketika
hingga naik 2 kali ganda.
3. Bila dah naik,
tumbuk² adunan untuk buang angin. bulatkan adunan sebanyak 16 - 18 biji sama
besar, leper²kan sket...
4. habiskan membentuk
baru digoreng. mulakan gorengan dengan bulatan doh yg mula2 dibentuk tadi
hingga kuning keemasan.
5. toskan dan biarkan
sejuk sebentar.
Bahan² Untuk Sambal
Tumis
*15 tangkai cili
kering
*1/2 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
* 1 inci belacan
segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar - hiris
asam jawa (sebesar ibu jari) + 1/2 cawan air = jadikan pes
gula
garam
*1/2 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
* 1 inci belacan
segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar - hiris
asam jawa (sebesar ibu jari) + 1/2 cawan air = jadikan pes
gula
garam
Cara² Penyediaan
Sambal Tumis
1. Blend bahan
bertanda * hingga halus. Pannaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan² yang di
blend tadi hingga garing.
2. Masukkan air asam
jawa, perasakan dengan garam dan gula.
3. Masukkan juga ikan
bilis dan bawang hiris. Kacau hingga bawang layu. Matikan api dan hidangkan. :)
Bahan Pelengkap
Telur Rebus
Secukupnya- hiris – QH guna
telur dadar - umi tak letak
atau timun secukupnya
– hiris – QH xletak - umi letak
Cara² Penyediaan Pau
Sambal @ Burger Malaysia
1. Belah tengah pau
yang siap digoreng. - umi belah tak putus
2. sudukan sedikit
sambal dibahagian yang dibelah tadi.
3. letakkan hirisan
telur @ timun.
4. cover dengan
belahan kedua. siap untuk dihidang.
6 comments:
Rajinnya umi bt..tapi bila buat bekal ni..kebersihan lebih terjamin kan..duit pun jimat sikit ;)
Rajin sebab memang teringin nak makan wana..lagi pun memang kena rajin bila nak anak bawa bekal
Rajin nya umi..bagus la kalau kat kantin pun sekrang semua brg dh naik harga..di sek cheq da 1 biji kuih rm0.40 dah..tak berbaloi bg budak2..cheq da pun dah masuk minggu ke2 berbekal di sek..semoga kekal smpai akhir tahun
Umi tak la rajin sangat cheq da tapi rasa lebih berbaloi dan umi pun boleh tumpang sama..hihi..amin semoga kekal samapi akhir tahun kan cheq da
tiffany and co jewellery
louis vuitton handbags
adidas tubular
oakley sunglasses,oakley outlet sunglasses
nike polo
adidas stan smith men
adidas yeezy boost
discount oakley sunglasses
michael kors handbags
michael kors handbags
tiffany jewelry
oakley sunglasses
air jordan shoes
adidas nmd
tiffany jewellery
cheap jordan shoes
christian louboutin shoes
tiffany and co outlet
adidas tubular UK
http://www.oakley-sunglass.in.net
fitflops outlet
nike huaraches
zzzzz2018.8.14
oakley sunglasses wholesale
pandora jewelry
coach outlet online
adidas nmd runner
ugg boots on sale 70% off
ultra boost
ugg boots uk
kate spade outlet online
ray ban sunglasses
jordans
Post a Comment