Friday, May 6, 2011

Roti Putchi Kentang

Assalamualaikum dan selamat tengahari

Mesti ada yang tertanya-tanya kan? Aik, takkan umi diet kot sebab makan roti..tak la, umi buat roti ni untuk bekalan sarapan keluarga umi..roti ni sedap...cuma umi tak ada oregano atau pun hirisan daun pasli jadi umi gantikan dengan daun rosemary kering yang ada kat dapur ni je...rasa kentang lenyek dan mayonis yang lemak2 tu memang menambat selera...alhamdulillah...jom tengok apa yang diperlukan untuk resepi ni...opsss sebelum terlupa, umi ambil resepi ni dari onigiri@myresipi.com...selamat mencuba


Apa yang diperlukan?( menghasilkan lebih kurang 10 biji bun )

  • 200 gram tepung roti
  • 4 gram yis ( lebih kurang 1 sudu kecil)
  • 80 ml air suam
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 30 gram gula
  • 40 gram butter atau marjerin
  • 1 biji telur
  • sedikit oregano atau pun hirisan daun pasli
  • *untuk inti kentang*
  • 1 biji kentang direbus dan dilecek+ 1 sudu besar mayonis dan sedikit lada sulah.

Jom Cuba!

  1. Masukkan semua bahan di dalam mangkuk adunan dan uli hingga lembut dan tidak melekat pada tangan.
  2. Perap sehingga naik dua kali ganda, kemudian tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin. bahagi doh pada 10 bahagian kecil dan biarkan 8 atau 10 minit.
  3. Bentukkan doh bentuk bujur dan potong tengah-tengah doh dengan pisau dan isikan inti kentang tadi. Taburkan sedikit oregano atau pun hirisan daun pasli. biarkan selama 40 minit baru dibakar. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit ataupun sehingga permukaan roti menjadi perang.
  4. ATAU Boleh juga dibentuk bulat, letak isi kentang dan gunting permukaan atas doh ( bentuk X)
  5. Sejukkan atas redai dan amat sesuai sebagai breakfast ataupun minum petang.

Related Posts:

  • Roti Naik Coklat Uraiha..ini lah tangan nazirah yang tak sabar nak makan roti naik coklat ni..ni sebenarnya resepi derhaka sebenarnya...resepi asal di sini dulu hanya plain je tapi kali ni umi ubah jadi roti coklat...teruk kan umi ni...paling naz… Read More
  • Homemade Roti BurgerAssalamualaikum dan salam sejahteraha...mari sarapan burger pagi ni...roti tu umi buat sendiri...yang lain beli je...daging tu beli jenama Ramly...dulu, kini dan selamanya...resepi roti burger tu umi ikut resepi dari buku rot… Read More
  • Pratha Kawan & Kuah Dhal Campak2Assalamualaikum dan salam sejahteraLambat umi masukkan post ari ni...banyak perkara yang perlu umi selesaikan terlebih dahulu...ye la dahulukan yang mana lebih penting kan? hari ini umi bawa bekal simple je, iaitu roti prata … Read More
  • English BreadAssalamualaikum dan selamat pagiDah lama rasanya umi tak post apa2 entry...sebenarnya ada dua sebab...umi balik terengganu...tengok anak saudara baru...Mohammad Hazim..nama secomel orangnya..seronok sangat..bau baby memang be… Read More
  • Donut Ball(pandan)Assalamualaikum dan selamat pagiAlhamdulillah... hari ini telah dipanjangkan umur dan dilimpah ruah rezeki oleh Allah s.w.t.....hari ni kita masih boleh bernafas dan diberikan kesempatan memperbaiki diri dan bertaubat....sara… Read More

0 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive