Friday, May 20, 2011

Mee Goreng Basah

Assalamualaikum dan selamat tengahari
Mee ni umi buat untuk makan malam tadi..atas permintaan suami...suami umi suka makan mee yang berkuah seperti mee goreng basah, mee bandung (terutama mee bandung muar...sedap), mee hailam, mee rojak dan macam2 lagi la..tapi suami umi lebih suka makan di rumah memandangkan selalunya bila beli di kedai...dia akan sakit perut sebab asid borik di mee yang tidak direndam dahulu..kalau umi, umi akan rendam mee tersebut atau rebus dengan air panas dahulu sebelum dimasak apa jua hidangan...resepi mee goreng basah ni umi ambil dari minami133. di Myresepi.com....masa yang diperlukan hanya 20 minit...tapi umi masak tak berapa pedas memandangkan anak2 umi nak makan...ok la jom tengok resepi yang sedap ni

Jom Cuba : Mee Goreng Basah

Apa yang diperlukan? ( 5 orang )

  • 500-600 gm mee kuning
  • 1 keping dada ayam
  • 1/2 bawang besar(dimayang)
  • 2 ulas bawang putih(dicincang)
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap pekat
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 sudu kicap cair (optional)
  • sawi @ kobis
  • sekeping tauhu (dipotong kecil dan digoreng)
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • garam & sedikit ajinomoto
  • minyak utk tumis bawang
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • air

Jom Cuba!

  1. Panaskan minyak. Setelah minyak panas, tumis bawang dan bawang putih sehingga agak garing.
  2. Di dalam mangkuk, bancuh serbuk cili dgn air dan masukkan ke dalam kuali setelah bawang garing
  3. Apabila cili dah pecah minyak, masukkan ayam. Biarkan ayam masak.
  4. Masukkan pula sos tiram, sos tomato, kicap pekat dan kicap cair.Kacau rata. Masukkan pula 1 cawan air.
  5. Kemudian masukkan garam, ajinomoto dan gula. Bila sudah mendidih, masukkan tauhu goreng dan mee. Kacau rata.
  6. Akhir sekali masukkan sayur. Jika nak lebih gelap warnanya tambah kicap cair.
  7. Jika nak pedas, potong cili api dan masukkan ke dalam mee. Boleh juga guna serbuk black pepper.

Related Posts:

  • ROJAK AYAM GORENG dari Kuantan..resepi tulisan tangan umi Untuk Link resepi Klik Kak Azlita Untuk join jugak cabara, klik Gambar … Read More
  • Kuey Teow Sup SEDAP... Assalamualaikum dan selamat sejahtera Baru masuk minggu kedua persekolahan..umi dha pening fikir menu yang anak2 umi suka untuk makan tengahari...memandangkan anak2 umi suka makan kuey teow.. dan sup..umi google la resepi… Read More
  • Laksa Johor Assalamualaikum dan selamat pagi Pejam celik..pejam celik ... dah hari khamis... apa menu berbuka semalam? umi masak laksa johor...macam orang mengidam plak... punya la nikmat Allah berikan bila dapat makan laksa johor...um… Read More
  • Spaggeti Carbonara Nutri Goat Miracle 8 ( NGM8) - pelbagaikan makanan sunnah Assalamualaikum dan selamat tengahari Alhamdulillah.. semakin seronok menjalani kehidupan bila anak2 sihat...makan makin berselera... bayangkan..anak2 umi makan bertambah 4 kali...seronok rasa bila dengar lagu "nak lagi … Read More
  • Mee Jawa..oh..Mee Jawa Assalamualaikum dan selamat pagi Sekejap je dah pertengahan bulan Disember.. cepat betul masa berlalu.. Ya Allah semoga manfaat umurku ini... sarapan apa pagi ini? umi macam orang mengidam plak..terbayang mee jawa kak yat… Read More

0 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive