Tuesday, May 24, 2011

Koay Teow Kantonis


Assalamualaikum dan selamat tengahari

Makan apa tengahari ni? umi bawa bekal koay teow kantonis...satu satu resepi yang mengenyangkan dan mudah untuk dicuba...terutama kelainan resepi ini kerana terdapat penggunaan minyak bijan yang memberikan aroma dan rasa yang lain sedikit dari masakan melayu selalu umi makan...sesuai untuk sesiapa yang ada anak sebaya nazirah yang tidak makan pedas, untuk sesiapa yang suka pedas boleh tambah cili padi atau makan dengan lada jeruk...mertua lalu pun tak perasan..yela lalu kat belakang, mana ada mata di belakang kan?..resepi ini umi ambil dari Buku koleksi Rasa : Mahir Memasak Langkah Demi Langkah yang mengandungi 140 resepi masakan lama & baru...pelbagai menu dari apetiser, lauk pauk & sayuran, aneka mi & nasi, kuih muih melayu, puding & pengat, kek & roti...eh...macam promote buku plakkan?...jom kita jenguk resepi ni

Jom Cuba : Koay Teow Kantonis

Apa yang diperlukan?

  • 160 gram kaoy teow (ditumis dengan minyak bijan)
  • 2 ulas bawang putih - diketuk
  • 2 sudu besar minyak masak - untuk menumis
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 cawan air
  • 1 sudu kecil kicap masin
  • 1/2 sudu kecil perasa ayam
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 3 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
  • 20 gram sawi
  • 10 gram lobak merah
  • 10 gram jagung muda (umi tak ada stok)
  • 10 gram cendawan shitake - direndam dgn air panas selama 1/2 jam (umi ganti dgn cendawan tiram)
  • 1 biji telur
  • 10 gram ayam, sotong dan udang - dihiris
  • 5 gram daun bawang - untuk hiasan
  • Bawang goreng- untuk hiasan

Jom Cuba!

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Selepas itu, masukkan air dan sos tiram.
  3. Masukkan pula kicap masin, lada sulah, minyak bijan dan perasa ayam. Biarkan didih.
  4. Kemudian masukkan pula sawi, lobak merah, jagung muda dan cendawan shitake yang telah dipotong tadi. Biar separuh masak. Tambah air jika perlu.
  5. Selepas itu, masukkan pula hirisan ayam, sotong dan udang. Biar masak.
  6. Masukkan pula bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  7. Bila kuah sudah didih, pecahkan telur ke dalam kuah. Kacau sebentar.
  8. Akhir sekali, tuang kuah ke koay teow yang telah diletakkan di atas pinggan. Hias la dengan daun bawang dan bawang goreng. Sesuai dimakan panas2.

Related Posts:

  • Siakap Stim ala Thai Mamamya Assalamualaikum dan selamat petang Semenjak semalam lagi, bumi Allah basah dan sejuk... Bagi yang bekerja di Selangor... hari ini merupakan cuti umum... apa perancangan ketika cuti? Harap dapat dimanfaatkan bersama insan … Read More
  • Udang Goreng Ranggup Berempah Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar semua sahabat umi? Harap semuanya sihat dan dirahmati Allah selalu...sejak dua menjak ni keluarga kecil umi suka sangat makan makanan laut... ikan la..sotong la...udang… Read More
  • Pulut Tanak dan ikan masin Assalamualaikum dan selamat pagi Minggu baru dalam bulan Disember dan bulan terakhir Tahun 2013 ini... sekarang ni tengah macam2 musim kan...musim tengkujuh, musim durian, musim rambutan, musim kenduri perkahwinan dan jug… Read More
  • Budu & Ikan Singgang Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar semua sahabat umi? Pernah makan budu? macam mana rasanya? kalau orang pantai timur, jangan la ditanya sebab sampai melelh air liur bila dengar je sebut budu..tu belum lagi kala… Read More
  • Akhirnya...maggi kari ketam masam manis Assalamualaikum dan selamat petang Ya Allah berikan lah kekuatan dalam menjalankan tugasan harian ku... hari isnin...penuh dengan kerja sebab nak cuti lama sikit nanti... bila nak siapkan semua kerja... dugaannya, hanya A… Read More

0 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive