Thursday, May 26, 2011

Donut Ball(pandan)

Assalamualaikum dan selamat pagi

Alhamdulillah... hari ini telah dipanjangkan umur dan dilimpah ruah rezeki oleh Allah s.w.t.....hari ni kita masih boleh bernafas dan diberikan kesempatan memperbaiki diri dan bertaubat....sarapan apa pagi ni? umi buat donut ball untuk santapan suami harus ke cyberjaya pagi ni..sebagai alas perut, jadi tak la lapar sangat nak tunggu minum pagi pukul 10 nanti. Sarapan kan baik untuk kesihatan bukan hanya budak2 tapi orang dewasa supaya bertenaga di pagi hari...resepi ni umi ambil dari Izah Daut semalam semasa tengah mencari menu untuk dimasak...izah pula amik dari kak dayang yang kreatif tu....sedap dan lembut je...walaupun dah sejuk tapi masih lembut...warnanya hijau sedikit sebab diletakkan pandan emulco memberikan kelainan ke atas rasa donut ball ni..jom tengok resepinya...

Jom Cuba : Donut Ball(pandan)

Apa yang diperlukan?

  • 2 cawan tepung high protein atau tepung gandum
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil pelembut doh *saya tak letak
  • 1/2 sudu besar yis segera + 1/4 cawan air suam (direndam sehingga berbuih)
  • 90 ml susu segar (-/+)*kurangkan sikit
  • 1/2 sudu kecil pes pandan atau pandan emulco
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • gula icing atau gula halus untuk saduran

Jom Cuba!

  1. Kisar/putar semua bahan (kecuali tepung, pelembut doh, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan pelembut doh. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing atau hiaskan dengan topping kesukaan.

Related Posts:

  • Cucur Kentang ZubaidahAssalamualaikum dan selamat pagiDalam kitab Minhajul Muslim dan Riyadhus Shalihin. (Miftahur Rohman/alsofwah) ada menyatakan di dalam bab adab makan yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w bahawaMakan dan minum dari yang halal d… Read More
  • Tomyam Sempoi FaizalAssalamualaikum dan selamat pagiPerasaan umi pagi ni seronok sangat...satu perasaan indah yang tak dapat diungkap dengan kata2 sebab umi tak pandai nak bermadah...rasa tenang kerana diberikan peluang di muka bumi Allah ini un… Read More
  • Roti Sosej Goreng Umi StyleAssalamualaikum dan selamat petangDah minum petang? bagi suri rumah atau ibu2 mesti tengah pikir menu minum petang apa yang ringkas dan mudah disediakan disamping perut insan2 tersayang pun kenyang kan? petang ni umi nak kong… Read More
  • Oreo Cheese CakeAssalamualaikum dan selamat malamAmacam terliur tak tengok cheese cake ni malam2? sebenarnya umi buat cheese cake ni dah lama cuma lambat masuk entry, jadi dah habis dan selesai sudah..umi buat sebenarnya atas permintaan anak… Read More
  • Lempeng pekak menu sama CMG hari iniAssalamualaikum dan selamat pagiMacam janji je hari ni umi dgn CMG, menu yang sama tajuknya :HARI HUJAN, SARAPAN LEMPENG PEKAK... dan umi MEMANG amik dari blog CMG tu pun..cuma umi tambah sedikit sayur supaya anak2 umi makan … Read More

0 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive