Wednesday, January 12, 2011

Puding Roti Berkuah


umi buat puding ni untuk bekalan nazirah dan suami, umi pun tumpang sekaki la...jemu rasanya sarapan di kedai...lagi pun saja tukar menu untuk nazirah...kesian kalau makan yang sama je kan? puding roti ni dibuat memandangkan ada lagi roti yang tak habis dimakan...dah tak larat nak sapu jem...lagi satu, fav nazirah adalah apa jua makanan yang ditambah kismis walaupun dia panggil kismis tu 'kurma'..kelakar plak...yang dalam talam tu umi buat masa pak cik umi yang tinggal di sarawak bersama 7 orang anak dia datang ke umah...meriah rasa..tambahan makanan kepada nasi goreng yang umi buat...seronok makan ramai2...bayangkan sepupu umi kan masih sekolah...sekejap je la licin kuih tu...bak kata orang putih 'the more, the merrier'..eceh...


Jom Cuba : Puding Roti Berkuah

Apa diperlukan?

Bahan A

  • 500 ml susu segar/fresh milk
  • 8 keping roti (gardenia/high 5)
Bahan B
  • 4 s/b gula halus
  • 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 s/b tepung jagung
  • 1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *(optional)
  • 1 s/b buah pala *(optional)
Bahan C-kuah
  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepungkastad
  • 2 s/b gula

Jom Cuba!

  1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
  2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
  3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dalam peti sejuk.
  4. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
  5. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.
Resepi asal umi lupa ambil dari mana, kalau tak silap dari Myresepi.com...nanti umi update sumbernya ya...selamat mencuba.

Related Posts:

  • Selamat Hari Lahir Ahnaf ke 2 Tahun & Rainbow Cupcake Angry Bird  Assalamualaikum dan selamat pagi Bertemu kembali kita minggu baru...alhamdullillah..selesai sudah tugasan umi setiap tahun untuk buat kek untuk meraikan hari lahir keluarga kecil umi ni...semalam hari … Read More
  • Puding Laici Dangdut Chef HanielizaAssalamualaikum dan salam sejahteraPagi2 umi dah tunjuk puding...takkan umi makan puding untuk sarapan, ya tak? puding ini umi buat untuk minum petang semalam...sejap makan sejuk2...tapi puding ni agak manis...lain kali umi n… Read More
  • Happy Bithday Hakimi dan Kek Sachertorte Assalamualaikum dan selamat pagi Comel kan Hakimi ni...hari ini hakimi menyambut ulangtahun ke 5 tahun...punya la seronok dapat kek sachertorte...kanak2 memang teruja dengan kek coklat dan lebih2 lagi dengan coklat warna w… Read More
  • Classic Durian Cheesecake  Assalamualaikum dan selamat malam Mohon ampun dan maaf sebab lam dah tak update disebabkan masalah internet sikit...nak komen pun boleh malam je..sedang usaha mengupdatekan blog yang tak apa2 ni...Harap umi sekeluarg… Read More
  • Emmmm...Sedapnya... Assalamualaikum dan selamat tengahari Hari ni ofis umi buat potluck (betul ke ejaan ni?) untuk pelajar praktikal yang akan tamat belajar...tempoh praktikal hanya 2 bulan sahaja... umi hanya bawa makaroni kari bakar... … Read More

0 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive