Tuesday, May 24, 2011

Lempeng Udang Kering Resepi Ibu


Rindunya dengan ibu umi, kalau kat kampung di kota tinggi...ini adalah salah satu fav. umi dan ayah umi...untuk makan pagi atau malam...umi tak tau orang lain panggil apa tapi yang umi tau, dalam lempeng ini ada guna udang kering...sedap makan macam tu je atau dengan pencicah seperti kari ayam, sambal bilis, atau pun kuah asam pedas pun boleh...nak buat lempeng ni senang dan tidak banyak bahan yang digunakan...kiranya masak ekspress la jugak...sekelip mata je boleh siap tapi jangan masa masak plak pejam mata ya...nnt lain jadinya....ok la jom tengok resepinya

Jom Cuba : Lempeng Udang Kering

Apa yang diperlukan?

300 gram tepung gandum
2 biji bawang besar - dipotong dadu
100 gram udang kering - direndam air panas dan ditumbuk halus
1 biji telur
Air secukupnya - untuk bancuhan cair sedikit dari bancuhan cekodok
2 sudu kecil garam
3 biji cili merah - dihiris (umi tak letak)
10 gram daun bawang - dihiris
mentega untuk melenser kuali

Jom Cuba!
Masukkan tepung, bawang besar, udang kering dan garam di dalam mangkuk.
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga bancuhan cair sedikit dari bancuhan cekodok.
Pecahkan telur dan kacau sebati. Masukkan pula daun bawang dan cili merah. Kacau sedikit.
Lenserkan mentega di dalam kuali.
Ambil sesenduk bancuhan dan biar masak. Balikkan dan biar masak seketika.
Buat sehingga habis. Makan la dengan pencicah kegemaran.

Related Posts:

  • Lempeng pekak yang betul pekak Assalamualaikum dan selamat pagi Pernah dengar lempeng pekak? makan? umi dan keluarga umi sudah biasa bersarapan dengan lempeng pekak terutama jika ada lauk yang boleh digandingkan... penyediaan yang amat s… Read More
  • Ubi rebus dan Sambal Tokok Assalamualaikum dan salam sejahtera dah sarapan? kalau belum, jom kita sarapan dengan ubi rebus dan sambal tokok...pernah dengar sambal tokok? sambal ni resepi dari ibu umi...best sangat bila makan dengan ubi rebus....sal… Read More
  • Cornflake Madu Tradisi semudah 5 langkah Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah telah masuk hari ke 6 Ramadhan... ada yang dah mula buat kuih raya? umi baru buat Cornflake Madu Tradisi yang telah bertahun keluarga umi buat untuk jualan raya.. dah lebi… Read More
  • Resepi Roti Jala & Happy Birthday Ahnaf Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah sekejap je dah 2 minggu kita berpuasa... hari ini 1hb Julai 2015 merupakan hari ulangtahun ke 5 tahun anak umi iaitu Ahnaf.. semoga abg menjadi anak yang soleh, penjaga akak… Read More
  • Kuih Jongkong.. Akhirnya... Assalamualaikum Biasa dengar tak kuih jongkong? kalau kat Johor..panggil kuih Jongkong la..tapi kat negaeri lain..umi kurang pasti.. yang umi pasti...kuih ini SEDAP tau.. rasa lemak santan... manis gula melaka.. bau harum … Read More

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive