Friday, November 29, 2013

Kacang Kuda Rebus Ala Terengganu

Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar sahabat umi semua.. hari ini umi nak kongsikan bukan la resepi sangat dan mungkin ada yang kata ini pun nak kongsi ke? hihi... tak kisah la cuma ini untuk rujukan dan tatapan anak umi kelak... walaupun nampak simple tapi cukup bermakna untuk umi...
Sebenarnya setiap kali umi dan suami balik kampung di terengganu...inilah salah satu makanan kegemaran yang sering kami beli dan tak puas makan...walaupun orang tua cakap nanti kembung perut..hihi.. oleh kerana tak puas makan dan kadang2 tak ada jual..dan memandangkan yang ada jual kat KL ini pun tak memenuhi citarasa... umi dicabar oleh suami umi untuk buat...oleh itu, (eceh) demi menyahut cabaran... umi pun buat la... jawapan suami umi, alhamdulillah kira 90% menjadi...kembang rasa hati... bagi yang nak cuba, boleh la mencuba ya...

Resepi : Kacang Kuda Rebus Ala Terengganu
Oleh ; Umi's cup cake

Bahannya :-
  • 500 gm kacang kuda (rendam sampai betul2 kembang -semalaman dan ganti air jika perlu)
  • 200 gm gula pasir
  • garam secukup rasa
  • air untuk merebus hingga kacang empuk
Caranya:-
  1. Rendam kacang kuda dengan air biasa (bukan air panas) sehingga betul2 kembang, mungkin mengambil masa semalaman.
  2. Rebus kacang kuda sehingga empuk atau lembut.
  3. Masukkan gula dan garam. rebus lagi sehingga gula hancur. Tutup api.
  4. Toskan air rebusan. Sedia untuk dimakan.

Related Posts:

  • Mee Jawa..oh..Mee Jawa Assalamualaikum dan selamat pagi Sekejap je dah pertengahan bulan Disember.. cepat betul masa berlalu.. Ya Allah semoga manfaat umurku ini... sarapan apa pagi ini? umi macam orang mengidam plak..terbayang mee jawa kak yat… Read More
  • Popia Daging Bunjut - entry pertama 2015 Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru   Harap masih belum terlewat untuk umi mengucapkan selamat tahun baru masihi untuk semua sahabat umi..diharapkan bukan hanya umur yang bertambah juga amalan kita juga...in sha A… Read More
  • Nasi Lemak Kangkung  Assalamualaikum dan selamat pagi Sarapan apa pagi ini? meh la makan nasi lemak kangkung...semalam umi baru balik dari kampung suami ..tapi nasi lemak ini umi masak untuk bekalan semasa nak balik ke kampung... kira b… Read More
  • Kacang Tanah Goreng Bawang Putih Harimau Malaya Alhamdulillah..rezeki Harimau Malaya untuk menang 4 -2 Vietnam malam tadi... permainan yang amat mendebarkan dan mengecutkan perut umi... debaran paling kuat bila minit2 akhir... lagi la tak senang duduk..harap Harimau Mal… Read More
  • Kuey Teow Sup SEDAP... Assalamualaikum dan selamat sejahtera Baru masuk minggu kedua persekolahan..umi dha pening fikir menu yang anak2 umi suka untuk makan tengahari...memandangkan anak2 umi suka makan kuey teow.. dan sup..umi google la resepi… Read More

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive