Friday, November 29, 2013

Kacang Kuda Rebus Ala Terengganu

Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar sahabat umi semua.. hari ini umi nak kongsikan bukan la resepi sangat dan mungkin ada yang kata ini pun nak kongsi ke? hihi... tak kisah la cuma ini untuk rujukan dan tatapan anak umi kelak... walaupun nampak simple tapi cukup bermakna untuk umi...
Sebenarnya setiap kali umi dan suami balik kampung di terengganu...inilah salah satu makanan kegemaran yang sering kami beli dan tak puas makan...walaupun orang tua cakap nanti kembung perut..hihi.. oleh kerana tak puas makan dan kadang2 tak ada jual..dan memandangkan yang ada jual kat KL ini pun tak memenuhi citarasa... umi dicabar oleh suami umi untuk buat...oleh itu, (eceh) demi menyahut cabaran... umi pun buat la... jawapan suami umi, alhamdulillah kira 90% menjadi...kembang rasa hati... bagi yang nak cuba, boleh la mencuba ya...

Resepi : Kacang Kuda Rebus Ala Terengganu
Oleh ; Umi's cup cake

Bahannya :-
  • 500 gm kacang kuda (rendam sampai betul2 kembang -semalaman dan ganti air jika perlu)
  • 200 gm gula pasir
  • garam secukup rasa
  • air untuk merebus hingga kacang empuk
Caranya:-
  1. Rendam kacang kuda dengan air biasa (bukan air panas) sehingga betul2 kembang, mungkin mengambil masa semalaman.
  2. Rebus kacang kuda sehingga empuk atau lembut.
  3. Masukkan gula dan garam. rebus lagi sehingga gula hancur. Tutup api.
  4. Toskan air rebusan. Sedia untuk dimakan.

Related Posts:

  • FILIPINO GINATAANG MAIS / BUBUR JAGUNG FILIPINAAssalamualaikum dan selamat pagiHari kedua dalam minggu ini...hari yang agak sibuk...jadi umi schedule entry ni ya...dah sarapan? pernah makan bubur jagung Filipina tak? umi pernah makan sekali di Restoran Nasi Kerabu yang te… Read More
  • Kek Pisang SempoiAssalamualaikum dan selamat tengahariAlhamdulillah telah ketemu kembali dengan penghulu segala hari...hari Jumaat yang penuh barakah...Dah makan tengahari? tentu ramai yang tersanda kekenyangan kan? umi pun sama.. tadi ada se… Read More
  • Blueberry Peach Cream Cheese Butter CakeAssalamualaikum dan selamat malamMalam yang sunyi ni seakan memahami hati umi yang rawan ni...sunyi sepi menambah pilu di hati..benar la kata seorang ustaz di dalam satu ceramah, menjaga sekeping hati tidak la mudah tapi untu… Read More
  • Nyamannya....Koktail PudingAssalamualaikum dan salam sejahteraAlhamdulillah...kita masih di dalam mood hari raya terutamanya hujung minggu macam hari ni...tapi ada juga yang tak lepaskan peluang untuk melangsungkan majlis perkahwinan.....semoga berbaha… Read More
  • KEK PASTRY BUAH-BUAHANAssalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar? Selamat Hari Raya Aidiladha...maaf terlambat ucap...umi agak sibuk sikit 2-3 hari ni, sambil melayan anak2...ye la masa cuti ni la untuk dimanfaatkan untuk anak2 dan keluarga yan… Read More

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive