Friday, November 29, 2013

Kacang Kuda Rebus Ala Terengganu

Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar sahabat umi semua.. hari ini umi nak kongsikan bukan la resepi sangat dan mungkin ada yang kata ini pun nak kongsi ke? hihi... tak kisah la cuma ini untuk rujukan dan tatapan anak umi kelak... walaupun nampak simple tapi cukup bermakna untuk umi...
Sebenarnya setiap kali umi dan suami balik kampung di terengganu...inilah salah satu makanan kegemaran yang sering kami beli dan tak puas makan...walaupun orang tua cakap nanti kembung perut..hihi.. oleh kerana tak puas makan dan kadang2 tak ada jual..dan memandangkan yang ada jual kat KL ini pun tak memenuhi citarasa... umi dicabar oleh suami umi untuk buat...oleh itu, (eceh) demi menyahut cabaran... umi pun buat la... jawapan suami umi, alhamdulillah kira 90% menjadi...kembang rasa hati... bagi yang nak cuba, boleh la mencuba ya...

Resepi : Kacang Kuda Rebus Ala Terengganu
Oleh ; Umi's cup cake

Bahannya :-
  • 500 gm kacang kuda (rendam sampai betul2 kembang -semalaman dan ganti air jika perlu)
  • 200 gm gula pasir
  • garam secukup rasa
  • air untuk merebus hingga kacang empuk
Caranya:-
  1. Rendam kacang kuda dengan air biasa (bukan air panas) sehingga betul2 kembang, mungkin mengambil masa semalaman.
  2. Rebus kacang kuda sehingga empuk atau lembut.
  3. Masukkan gula dan garam. rebus lagi sehingga gula hancur. Tutup api.
  4. Toskan air rebusan. Sedia untuk dimakan.

Related Posts:

  • Bubur Kacang Durian & Biskut Cheese  Assalamualaikum dan selamat tengahari Apa khabar? Semoga sihat dan dalam lindungan Allah...Dah sarapan? Umi baru je makan bubur kacang durian...al maklum la bila musim durian, ini salah satu menu yang umi suka buat.… Read More
  • Tom Yam Air Kelapa Assalamualaikum dan selamat pagi Tom yam memang sinonim dengan tekak umi sekeluarga dan kali ini adalah pertama kali umi campurkan air kelapa... dah lama mengidam style tom yam kelapa ni tapi baru kini tercapai hehe...ras… Read More
  • Puding Coklat Penambat Hati  Assalamualaikum dan selamat tengahari Mohon ampun kalau sampai kena sengetkan kepala...maklum la pro sangat masukkan gambar...inilah jadinya kan? hehe...dah makan tengahari? kalau sudah, mesti dah k… Read More
  • Muesli Bread BM Tok Mak Assalamualaikum dan selamat pagi Bertemu kita kembali pada pagi“Jumu’ah” yang penuh berkat ini.... Jumu'ah (Hari Jumaat) adalah berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di si… Read More
  • Puding Nata & Two Melon  Assalamualaikum dan selamat tengahari Alhamdulillah telah enam hari kita menjalani ibadah puasa tapi jangan kita lupa untuk bersedekah al-fatihah untuk yang telah tiada...Al-Fatihah buat Allahyarham Ayahanda umi, Al… Read More

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive