Friday, November 29, 2013

Kacang Kuda Rebus Ala Terengganu

Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar sahabat umi semua.. hari ini umi nak kongsikan bukan la resepi sangat dan mungkin ada yang kata ini pun nak kongsi ke? hihi... tak kisah la cuma ini untuk rujukan dan tatapan anak umi kelak... walaupun nampak simple tapi cukup bermakna untuk umi...
Sebenarnya setiap kali umi dan suami balik kampung di terengganu...inilah salah satu makanan kegemaran yang sering kami beli dan tak puas makan...walaupun orang tua cakap nanti kembung perut..hihi.. oleh kerana tak puas makan dan kadang2 tak ada jual..dan memandangkan yang ada jual kat KL ini pun tak memenuhi citarasa... umi dicabar oleh suami umi untuk buat...oleh itu, (eceh) demi menyahut cabaran... umi pun buat la... jawapan suami umi, alhamdulillah kira 90% menjadi...kembang rasa hati... bagi yang nak cuba, boleh la mencuba ya...

Resepi : Kacang Kuda Rebus Ala Terengganu
Oleh ; Umi's cup cake

Bahannya :-
  • 500 gm kacang kuda (rendam sampai betul2 kembang -semalaman dan ganti air jika perlu)
  • 200 gm gula pasir
  • garam secukup rasa
  • air untuk merebus hingga kacang empuk
Caranya:-
  1. Rendam kacang kuda dengan air biasa (bukan air panas) sehingga betul2 kembang, mungkin mengambil masa semalaman.
  2. Rebus kacang kuda sehingga empuk atau lembut.
  3. Masukkan gula dan garam. rebus lagi sehingga gula hancur. Tutup api.
  4. Toskan air rebusan. Sedia untuk dimakan.

Related Posts:

  • Nasi Goreng Moyang Assalamualaikum dan selamat pagi Atas permintaan masa cuti hari isnin yang lepas... umi tanya nazirah nak makan sarapan apa? dia jawab nak makan nasi goreng moyang... hehe... moyang tu nenek umi la... ahnaf makan je apa y… Read More
  • ROJAK AYAM GORENG dari Kuantan..resepi tulisan tangan umi Untuk Link resepi Klik Kak Azlita Untuk join jugak cabara, klik Gambar … Read More
  • Nasi Goreng Moyang Assalamualaikum dan selamat sejahtera Alahai..sekejap je kan cuti sekolah seminggu...haha..macam umi lak yang sekolah..ye dak... hari ni menu sarapan biasa di kala mood baru buka sekolah adalah nasi goreng moyang dan a… Read More
  • Lempeng pekak yang betul pekak Assalamualaikum dan selamat pagi Pernah dengar lempeng pekak? makan? umi dan keluarga umi sudah biasa bersarapan dengan lempeng pekak terutama jika ada lauk yang boleh digandingkan... penyediaan yang amat s… Read More
  • Empat resepi Nasi Ayam dan Selamat Kembali ke Sekolah Assalamualaikum dan selamat pagi Pagi yang agak sibuk..hari ini hari permulaan sekolah bagi semua murid termasuklah anak2 umi... Nazirah masuk darjah 1 manakala ahnaf pula ke tabika... mujur sudah orentasi...kalau tidak, … Read More

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive