Friday, November 29, 2013

Kacang Kuda Rebus Ala Terengganu

Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar sahabat umi semua.. hari ini umi nak kongsikan bukan la resepi sangat dan mungkin ada yang kata ini pun nak kongsi ke? hihi... tak kisah la cuma ini untuk rujukan dan tatapan anak umi kelak... walaupun nampak simple tapi cukup bermakna untuk umi...
Sebenarnya setiap kali umi dan suami balik kampung di terengganu...inilah salah satu makanan kegemaran yang sering kami beli dan tak puas makan...walaupun orang tua cakap nanti kembung perut..hihi.. oleh kerana tak puas makan dan kadang2 tak ada jual..dan memandangkan yang ada jual kat KL ini pun tak memenuhi citarasa... umi dicabar oleh suami umi untuk buat...oleh itu, (eceh) demi menyahut cabaran... umi pun buat la... jawapan suami umi, alhamdulillah kira 90% menjadi...kembang rasa hati... bagi yang nak cuba, boleh la mencuba ya...

Resepi : Kacang Kuda Rebus Ala Terengganu
Oleh ; Umi's cup cake

Bahannya :-
  • 500 gm kacang kuda (rendam sampai betul2 kembang -semalaman dan ganti air jika perlu)
  • 200 gm gula pasir
  • garam secukup rasa
  • air untuk merebus hingga kacang empuk
Caranya:-
  1. Rendam kacang kuda dengan air biasa (bukan air panas) sehingga betul2 kembang, mungkin mengambil masa semalaman.
  2. Rebus kacang kuda sehingga empuk atau lembut.
  3. Masukkan gula dan garam. rebus lagi sehingga gula hancur. Tutup api.
  4. Toskan air rebusan. Sedia untuk dimakan.

Related Posts:

  • Puding Roti Laici BerkismisAssalamualaikum dan selamat tengahariBersua di hari Jumaat yang penuh barakah ini...Jemput la ambil puding roti yang nazirah buat ni..nazirah buat untuk 'mama'nya...(pengasuh) yang minta umi buatkan puding roti...katanya teri… Read More
  • Poached PearsAssalamualaikum dan selamat pagiAlhamdulillah, dapat juga bertemu di minggu baru...dan pagi yang indah ini umi nak cerita menu baru la bagi umi sekeluarga yang telah diperkenalkan oleh kak Shahriah Abdullah di blog beliau dan… Read More
  • Kek Pisang Tanpa Telur 'Kak liza - Intai dapur'Assalamualaikum dan selamat pagiSemoga semuanya ceria di pagi Isnin yang selalunya membawa kepada 'blues'...mari kita 'merah2' kan hari kita...jangan 'biru' sangat...mesti kebanyakan yang duduk di KL ni malas rasanya nak ke t… Read More
  • Pilihan Minuman Keluarga Umi Assalamualaikum dan selamat petang Maaf ye sahabat2 umi yang lama, baru dan silent reader...lambat betul umi masukkan entry hari ni..agak sibuk dua tiga … Read More
  • Raspberry Ripple Cheesecake Ice CreamAssalamualaikum dan selamat tengahariBertemu kembali di minggu baru, pemulaan hari minggu iaitu hari Isnin..diharapkan semuanya lebih bersemangat dan sentiasa bersemangat baru setiap minggu...hari ini juga seorang sahabat umi… Read More

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive