Thursday, May 12, 2011

Puding Strawberi Kak Nor Secubit Garam

Assalamualaikum & selamat pagi

Dah sarapan? Sarapan yang berat atau ringan? apa pun alhamdulillah bagi yang dah sarapan..yang belum, kena la sarapan sebab ia baik untuk kesihatan...puding strawberi Kak Nor...umi buat bukan untuk sarapan ya...tapi untuk minum petang semalam....sebenarnya nak habiskan strawberi yang kat rumah tu...umi letak dalam acuan puteri ayu...comel sikit..rasa puding ni sedap..penuh rasa strawberi tapi tak masam...elok2 je rasa dia...terima kasih Kak Nor...mintak izin letak resepi di sini ya...


Jom Cuba : Puding Strawberi

Apa yang diperlukan?

  • 5 gm agar2 serbuk
  • 2 1/2 cawan air
  • 6 sudu besar gula (tambahkan jika suka lebih manis)
  • 1/2 tin susu cair
  • 100gm strawberi ~ blend dgn sedikit air
  • sedikit pewarna merah

Jom Cuba!
  1. Masukkan air, gula dan agar2 serbuk ke dalam periuk. Masak lah hingga mendidih.
  2. Masukkan susu cair dan buah strawberi yg diblend tadi serta pewarna hmerah. Padamkan api.
  3. Kacau hingga sebati.
  4. Tuangkan ke dalam acuan yg dah dibasahkan dgn air.
  5. Bila puding dah sejuk, masukkan dlm peti ais.
  6. Biarkan sejuk, baru lah dihidangkan

Related Posts:

  • Nyamannya....Koktail PudingAssalamualaikum dan salam sejahteraAlhamdulillah...kita masih di dalam mood hari raya terutamanya hujung minggu macam hari ni...tapi ada juga yang tak lepaskan peluang untuk melangsungkan majlis perkahwinan.....semoga berbaha… Read More
  • Puding Roti Laici BerkismisAssalamualaikum dan selamat tengahariBersua di hari Jumaat yang penuh barakah ini...Jemput la ambil puding roti yang nazirah buat ni..nazirah buat untuk 'mama'nya...(pengasuh) yang minta umi buatkan puding roti...katanya teri… Read More
  • Puding Mangga Zila4ever Assalamualaikum dan selamat pagi Pejam celik, pejam celik..dah hari khamis kan? epat betul masa berlalu..tak terkejar rasanya...bagi cikgu2 mesti seronok dapat hadiah dari murid2 kan semalam...seronok bila diraikan..teru… Read More
  • Puding Laici Dangdut Chef HanielizaAssalamualaikum dan salam sejahteraPagi2 umi dah tunjuk puding...takkan umi makan puding untuk sarapan, ya tak? puding ini umi buat untuk minum petang semalam...sejap makan sejuk2...tapi puding ni agak manis...lain kali umi n… Read More
  • Puding Nata & Two Melon  Assalamualaikum dan selamat tengahari Alhamdulillah telah enam hari kita menjalani ibadah puasa tapi jangan kita lupa untuk bersedekah al-fatihah untuk yang telah tiada...Al-Fatihah buat Allahyarham Ayahanda umi, Al… Read More

8 comments:

Sheila Shafeareen said...

Salam selamat pg
sdp tu puding akk mmg pegemar puding tau...comel letak dlm acuan keci2 kan...

umi's cup cake said...

Sedap kak..lagi2 bila makan sejuk2..nyaman tekak

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

salam kenla dtg nak amik resepi bole yer...dan foloww sekali tq...jom dtg...

FizLux said...

Ummm.. Ummi Yummy..yummy in my tummy..strawberry..

eqbalzack said...

Salam...
Abg eq akan umukan keputusan GA 'I LIGHT U' pada Jumaat ini, 20/6/2011 pukul 10 pagi. TQ

Anonymous said...

Thаnκfulness to my father who infοrmed me about this blog, this weblog іѕ actually remarkable.



Ѕtop by my blog :: cheap legal highs

Anonymous said...

If sοme one desires to be updatеԁ
with most гecent technologіeѕ then he muѕt
be pay a visit this site and bе up to ԁatе daily.



My blog - Natural highs mood

Anonymous said...

І waѕ suggested thiѕ blog by my cousin.

I am nо longer ceгtain ωhetheг
or not thiѕ ѕubmit is ωritten by means оf him as nobody else recognizе suсh particular
about my рrοblem. You're amazing! Thanks!

My web blog: tyrosine supplement

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive