Thursday, May 5, 2011

Bubur Cha Cha Bersama Jagung Manis

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Resepi bubur cha cha ini umi ambil dari Majalah Rasa (Gambar bawah ni) tapi ubah sedikit memandangkan kat rumah umi tak ada stok Keledek Manis, jadi umi tukar dengan bahan2 yang ada kat dapur je la..memandangkan umi dah terliur sangat nak makan bubur cha cha....selain jagung manis, umi juga tambah sagu biji yang telah dibersihkan dan direbus dahulu untuk memendekkan masa memasak bubur cha cha...kawan2 opis suami umi pun suka makan bubur cha cha ni sebab rasa yang lembut dan manis...jom kita tengok resepinya

Jom Cuba : Bubur Cha Cha bersama Jagung Manis

Apa yang diperlukan?

  • 1 tin kecil jagung manis
  • 100 gram cha cha
  • 100 gram sagu biji (bersihkan dan rebus hingga jernih)
  • 150 gram gula pasir
  • 100 gram gula Melaka
  • 300 ml santan
  • 2 helai daun pandan (dikoyak dan disimpul)
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
Jom Cuba!
  1. Satukan jagung manis, cha cha, sagu yang telah direbus, gula pasir, gula Melaka, santan, daun pandan dan air(ikut citarasa : kalau suka pekat, air tidak terlalu banyak).
  2. Didihkan dan kacau rata.
  3. Pastikan bubur dimasak dengaan api yang perlahan dan dikacau selalu untuk mengelakkan berketul di dasar periuk.
  4. Akhir sekalai perasakan dan didihkan sehingga masak.
  5. Sedia untuk dimakan. bubur ini boleh dimakan suam2 atau sejuk, ikut kepada selera masing2.

Related Posts:

  • Pengat Labu + Jagung Manis Assalamualaikum dan selamat sejahtera Salah satu entry tertungak dari umi...hihi...sesuai untuk minum petang dan hasilnya amat puas hati...pengat ini sangat lemak dan berkrim dan in sha Allah disukai ramai...kerana umi … Read More
  • Akhirnya ku temui resepi Sambal Belacan idaman Assalamualaikum dan selamat sejahtera Akhirnya umi dah jumpa resepi sambal belacan yang berjaya memikat selera suami umi..resepi ini pun umi dah banyak kali cuba dan hasilnya..suami minta buat lagi dan lagi dan lagi.. mes… Read More
  • Kuah Durian & Roti Naik Pahang Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar sahabat umi? Semoga semuanya dilindungi Allah terutamanya mangsa banjir di 3 negeri iaitu Johor, Pahang dan Terengganu... sahabat umi di Kuantan kata tak pernah banjir seteruk i… Read More
  • Lontong biasa2 aje....Resepi kuah lodeh dan Sambal Ikan Bilis.. Assalamualaikum dan selamat pagi Untuk hari ini menu sarapan merangkap makan tengahari... tetiba terasa nak makan lontong ikut selera sendiri..ye lain orang lain caranya..banyak jenis lontong ada..lontong biasa, lontong … Read More
  • Bubur Lambuk Resepi Bonda Kak Chahaya Shiela Assalamualaikum dan selamat pagi Maaf la kalau gambar kurang memuaskan... Masak masa anak2 umi demam ari tu... nak masak bubur biasa kesian plak... so masak la bubur lambuk tradisi keluarga kak shiela... anak2 umi demam p… Read More

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive