Tuesday, April 19, 2011

Pankek Strawberi & Sos Coklat


pankek ni umi buat untuk sarapan..resepi yang mudah dan sesuai untuk orang yang malas macam umi...lebih2 lagi hari cuti ujung minggu..sarapan yang ringkas tapi kenyang tau....fav. nazirah terutama bila makan dengan sos coklat Hasley tu...lagi la terangkat...hari ni hari malas umi so malas nak celoteh panjang2..jom tengok resepi pankek ni...

Jom Cuba : Pankek Strawberi

Apa yang Diperlukan?

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan santan cair
  • 1 sudu besar minyak jagung/minyak masak
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 biji telur -cuci dulu
  • 1 sudu kecil strawberi emulco


Jom Cuba!

  1. Masukkan semua cecair ke dalam blender (santan, minyak dan telur). blend rata.
  2. Masukkan pula tepung dan garam. Blend sehingga sebati.
  3. Bahagikan kepada 1/3 bahagian (ditambah strawberi emulco) dan 2/3 bahagian, warna asal.
  4. Panaskan non-stick pan. corak kan bahagian berwarna ikut corak yang digemari. tapi bukan penuh.
  5. Lepas tu, tuang yang warna asal menutupi warna strawberi tadi.biar masak dan balik kan.
  6. Buat sehingga habis. Boleh makan bersama sos coklat harsley atau mengikut hiasan kegemaran seperti buah pisang.

licin nazirah makan, alhamdulillah

Related Posts:

  • Riadah Di Tasik PerdanaAssalamualaikum dan selamat malamLama betul umi tak masukkan post aktiviti keluarga kecil umi ni....tadi petang umi sekeluarga nak pergi cari taman rusa dan kancil tapi tak jumpa taman botani tu...yang kami jumpa hanya lah ta… Read More
  • Air Terjun Serendah- Best Place & Award dari Kak Sha (1st time) Assalamualaikum dan selamat tengahari   Cerita ni dah basi tapi nak cerita juga betapa seronok dan best air terjun serendah ni...sangat sesuai untuk kanak-kanak dan aktiviti keluarga...ramai juga yang datang bekelua… Read More
  • Bingka Keledek Ungu Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar semua? Diharapkan semuanya sihat dan ceria selalu...hari ni merupakan hari perkhidmatan terakhir salah seorang sahabat umi di pejabat ini...beliau akan berpencen setelah lebih 2… Read More
  • Popiah Goreng KejuAssalamualaikum dan selamat pagiDah sarapan? Sarapan apa ya pagi ni? Umi sarapan popiah goreng keju...mungkin ramai yang dah buat...umi puas hati sangat dengan rasa popiah ni cuma tak puas hati dengan rupanya...tak seindah ra… Read More
  • Lempeng Kelapa, Ku Geram!!!! Assalamualaikum dan selamat pagi Dah sarapan? Sarapan apa ya?..umi sarapan lempeng kelapa dengan sambal ikan bilis...cuma GERAM sebab lempeng kelapa umi tak 'montok' macam lempeng Mat Ge… Read More

4 comments:

yanie anuar ~ putrajaya said...

singgah n follow

umi's cup cake said...

terima kasih singgah, nnt umi follow

UpProfits FX said...

Terasa lapar plak..hehe

Singgah gegar sini..salam kenal..nak follow boleh?

Latest Entry : Jom ExChange Link dengan Blog UpProfits!

and : Let's Make Malaysia the FB Capital of the World!

umi's cup cake said...

lapar ke? kesiannya..
salam kenal..terima kasih sebab sudi follow..nnt umi follow jugak ya

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive