Saturday, April 16, 2011

Apam Pisang

Umi buat apam ni untuk sarapan disamping menghabiskan pisang2 yang umi beli...nak buat cekodok dah buat ari rabu, jadi umi pun buat la apam pisang versi acuan puteri ayu..cepat dan mudah...resepi asal dari kak ummi kuantan.
apam ni lembut dan sedap..sesuai untuk anak2 umi terutamanya ahnaf yang cuma ada 6 batang gigi tu..2 ketul jugak la dia makan..apam ni sesuai untuk orang yang sedang berdiet sebab ia dikukus dan tidak berminyak macam cekodok pisang...ok la jom tengok resepi

Jom Cuba : Apam Pisang

Apa yang diperlukan?
  • 8 biji pisang emas (kak Ummi guna pisang siam..hehe)
  • 7 sudu besar gula pasir (sebab pisang siam ni kurang manis)
  • 1 biji telor
  • 3/4 sudu kecil soda bikarbonat
  • 4 sudu besar santan
  • tepung gandum secukupnya (+- 1 1/4 cawan)

Jom Cuba!

  1. Didihkan air periuk kukusan.
  2. Pisang dilecek bersama gula hingga hancur.
  3. Masukkan telor, soda bikarbonat, santan dan tepung. Gaul rata dan sebati seperti bancuhan membuat jemput pisang.
  4. Sapukan loyang dengan sedikit minyak. Tuangkan adunan ke dalam loyang 8inci. (umi guna acuan puteri ayu dan leser sedikit minyak)
  5. Kukus selama 30 minit hingga permukaan kuih berwarna keperangan/masak. (umi kukus selama +/- 20 minit)
  6. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.(sejukkan dan keluarkan dari acuan)


Related Posts:

  • Apam Mekar : Langkah Demi LangkahAssalamualaikum dan salam sejahteraLambat umi bersiaran kan...banyak kerja yang perlu umi selesaikan...hari ni umi nak kongsikan cara2 buat apam mekar langkah demi langkah untuk sahabat FB umi iaitu puteri , kerana segala … Read More
  • Apam PisangUmi buat apam ni untuk sarapan disamping menghabiskan pisang2 yang umi beli...nak buat cekodok dah buat ari rabu, jadi umi pun buat la apam pisang versi acuan puteri ayu..cepat dan mudah...resepi asal dari kak ummi kuantan. a… Read More
  • Apam Mekar 2Apam mekar lagi? sebenarnya apam mekar ni bukan umi yang buat tapi jiran sebelah rumah umi iaitu Kak Su tersayang...seronok sangat bila turun ke bawah malam tadi untuk menyambung kerja2 dapur yang tertangguh, tetiba mata ni m… Read More
  • Apam MekarApam mekar ni umi sebab rasa tertarik dengan resepi dari salah satu blogger yang menarik...kak ita punya blog memang menyelerakan...rugi rasa kalau tak cuba..tapi apam umi tak la secantik kak ita..apa pun terima kasih kak ita… Read More
  • Apam Dot DotMesti ramai yang dah tau dan buat apam ni kan...umi cemburu tengok orang lain buat..so dengan penuh keinginan merasa apam ni dengan filing blueberry, fav. umi..banyak baca bismillah sebab takut tak jadi..akhirnya alhamdulilla… Read More

0 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive