Monday, April 11, 2011

Crazy Chocolate Cake


kek ini umi buat sempena hari lahir seorang cikgu iaitu cikgu Isa dan kebetulan juga ada gotong royong hari ini. kek ni kaya dengan rasa coklat, agak lembap dan lembut. umi cuma hias dengan coklat masakan, hirisan strawberi dan gula2 manik. kek ini amat mudah dan yang amat penting, tiada penggunaan telur. so sesiapa yang suka resepi yang tidak menggunakan telur, boleh la cuba. resepi kek ini umi ambil dari web Myresepi iaitu dari aludra@myresipi.com apa lagi...jom cuba

Jom Cuba : Crazy Chocolate Cake (18 x 18 cm)

Apa yang diperlukan?

  • 1 cawan / 120 gram tepung gandum
  • 1 cawan / 180gram gula halus
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/3 cawan / 80ml minyak sayuran atau minyak masak
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu kecil vanilla
  • 1 cawan air sejuk

Jom Cuba!
  1. Dalam mixing bowl, masukkan semua bahan yang kering (tepung, gula, koko, baking soda, baking powder, garam). Gaul sebati.
  2. Pastu, masukkan semua kandungan cecair, (minyak, cuka, vanilla, air) dan gaul sebati.
  3. Masukkan dalam loyang yang dah disapu mentega/minyak sedikit.
  4. Bakar dalam oven pada 180C selama 30 min atau hingga tester bersih bila dicucuk keluar dari kek.
  5. Boleh dihias dengan frosting kegemaran masing2.

Related Posts:

  • Kek Batik AroraAssalamualaikum dan selamat pagiAkhirnya sampai juga seru umi untuk buat kek batik ni..walaupun dah ketinggalan sesangat dari orang lain...(alasan je, sebenarnya malas)... seronok sangat masa sediakan kek ni sebab banyak warn… Read More
  • Muffin Coklat MokaAssalamualaikum dan selamat pagiAlhamdulillah, dapat juga umi update blog di pagi khamis yang indah ini...sebelum tu mari kita baca doa hari khamis yang umi ambil dari blog Cina Islam iaituDengan nama Allah Yang Maha Pengasih… Read More
  • Oreo CupcakeAssalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar? Pasti ramai lagi yang masih bercuti, terutama yang ada anak2 yang bercuti selama seminggu kan? masa yang ada di manfaatkan bersama keluarga...bagi ibu2 pula, masa ini la pelbagai… Read More
  • Marble Chocolate Cheesecake yang tak mableAssalamualaikum dan selamat pagiAlhamdulillah telah berjumpa lagi kita pada pagi jumaat yang penuh barakah sekali lagi..Terima kasih Ya Allah diatas rahmat-Mu dan berkatilah umur kami ini....Umi terburu-buru sikit pagi ni...a… Read More
  • Tomyam Sempoi FaizalAssalamualaikum dan selamat pagiPerasaan umi pagi ni seronok sangat...satu perasaan indah yang tak dapat diungkap dengan kata2 sebab umi tak pandai nak bermadah...rasa tenang kerana diberikan peluang di muka bumi Allah ini un… Read More

6 comments:

Farah Shamsudin said...

nampak sedap..

umi's cup cake said...

Farah,
kek ni memang sedap.

syuhadah rashid said...

air sejuk 2 air dari peti ais ke? :)

umi's cup cake said...

syudsyuda,
a'ah air sejuk dari peti ais

melati putih said...

akak cuka 2 ape function dye????

umi's cup cake said...

melati putih, cuka tu fungsinya untuk kek tu naik dan jadi lembut sebab kita tak guna mentega.

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive