Saturday, April 16, 2011

Spageti Kicap Acar Buah


Resepi ini umi ambil dari majalah Rasa Oktober 2009, edisi 250 menu lazat rumah terbuka...resepi dari Chef Mohd Shahri, salah seorang chef di De Palma, Shah Alam. Resepi ni adalah dibawah kategori Pasta Asal Itali Selera Malaysia...memandangkan semua bahan2 ada di dapur dan umi sekeluarga ingin sesuatu yang ringkas dan ringan untuk makan tengahari(umi nak jalan2 dengan adik umi petang ni), jadi umi pun cuma resepi yang amat mudah ini...apa lagi jom tengok resepi

Jom Cuba : Spageti Kicap Acar Buah

Apa yang diperlukan?

  • 500 gram spageti
  • 3 biji bawang besar (dicincang)
  • 5 ulas bawang putih(dicincang)
  • 100 gram daging kisar (umi tambah)
  • 30 gram acar buah
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • garam secukupnya
  • serbuk lada sulah secukupnya
  • minyak untuk menumis
  • hirisan daun bawang (umi ganti dengan bawang goreng)

Jom Cuba!

  1. Rebus spageti sehingga masak, toskan dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. kemudian masukkan daging kisar, biar sehingga masak.
  4. Masukkan kicap dan sos tiram. kacau rata.
  5. Setelah itu, masukkan spageti dan gaul sebati. Perasakan dengan garam dan lada sulah.
  6. Masukkan pula acar buah dan minyak bijan. Kacau sehingga sebati.
  7. Akhir sekali, angkat dan hiaskan dengan hirisan daun bawang.

Related Posts:

  • Mee Hailam After 6 am & Selamat Hari Guru Assalamualaikum dan selamat pagi Hari ni 16hb Mei merupakan hari guru..umi nak ucapkan terima kasih kepada semua guru di bumi Malaysia...terutamanya adik umi, Norliana Ghani...jasamu guru amat bererti dan tiada ya… Read More
  • Spaghetti Carbonara Senang! Assalamualaikum dan Selamat Petang Apa khabar semua sahabat umi? Hari semalam umi dah dapat Menteri yang baru untuk Menteri Kerja Raya iaitu  Fadillah Yusof dan timbalannya Rosnah binti Abdul Rashid. Semoga dengan ada… Read More
  • Mee Goreng Kicap Ringkas  Assalamualaikum dan selamat pagi Pejam celik...pejam celik... dah bertemu kembali dengan hari Jumaat yang penuh barakah...tapi umi dilanda kemalasan yang amat sangat...masak pun nak yang ringkas2 je ...lebih baik yan… Read More
  • Makaroni Kari Keju Bakar Istimewa buat Cik Pn Izan Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar semua sahabat umi yang setia datang ke blog yang tah apa2 ni..hehe...Umi nak mohon maaf pada sahabat umi, Cik Puan Izan sebab lambat masukkan resepi makaroni kari keju bakar yan… Read More
  • Mee Rebus Cik AniAssalamualaikum dan selamat pagiaaaaa.................mmmmmm....................eerrrrrrrrrrrrrrrrr..............aaaaaa..........mmmmmapa nak bebel ya? selalunya kalau blog2 glamour akan tulis 'wordless wednesday' tapi kalau … Read More

5 comments:

Farah Shamsudin said...

sedapnya!

Zaza said...

x prnah dgr pon resepi ni.. sedasp x?

Wawaezrill said...

salam ziarah dan perkenalan. saya orang baru dan sangat kagum dengan blog ni.. masih belumkhatam sepenuhnya.. hehehehe n saya dah follow.. Ada masa jemput datang blog saya tp xder la makanan best2 hehe

umi's cup cake said...

zaza dan farah,
resepi ni sedap sebab ada rasa masam dan manis dari acar buah dan rasa masin dari kicap

umi's cup cake said...

salam perkenalan wawa, nnt umi lawat wawa ya..

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive