Monday, April 4, 2011

Nasi Goreng Rosemary & Sotong Mentega Rangup


Nama nasi goreang ni memang gempak kan? tapi sebenarnya hanyalah nasi goreng yang simple ditambahkan daun rosemary dan ketumbar untuk aroma yang lebih menyelerakan..lagi tambah selera bila makan dengan sotong mentega ranggup dari CMG, terbaik....

Jom Cuba : Nasi Goreng Rosemary

Apa yang diperlukan?
  • 3 cawan nasi semalam, dileraikan
  • 1/4 cawan daun ketumbar, dipotong kecil
  • 5 batang baby carrot, didadu kecil
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 3 ulas bawang putih, cincang halus
  • 2 sudu besar daun rosemary
  • 1 cawan isi ayam, potong kecil
  • 5 biji cili padi, dipotong kecil (jika suka pedas, boleh tambah)
  • Sedikit garam
  • 1 genggam ikan bilis, digoreng
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan
  • 1 biji telur + sedikit serbuk lada hitam, kacau rata (dibuat dadar, kemudian hiris)

Jom Cuba!

  1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis dan ketepikan.
  2. Kemudian, dadarkan telur dan hiris bila telah sejuk.
  3. Dalam kuali lain, panaskan minyak dalam kuali (dalam 2 camca besar). Tumis bawang besar, bawang putih hingga harum.
  4. Kemudian masukkan lobak merah dan daging ayam dan kacau rata. Biarkan sehingga ayam masak.
  5. Masukkan pula daun ketumbar, rosemary dan cili padi. Gaul rata. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Masukkan nasi dan gaul hingga rata, tambahkan ikan bilis. Masak sekejap lagi hingga nasi kelihatan sedikit garing.
  7. Rasa dan jika ok boleh matikan api, tabur dengan hirisan telur dadar dan daun bawang. Hidangkan segera.
Di bawah ni pula, resepi sotong mentega rangup.

Jom Cuba : Sotong Mentega Rangup

Apa yang diperlukan?

  • 500 g sotong
  • 1 pack tepung gorengan berperisa (mat guna jenama "seri-aji")
  • 1 putih telur, dipukul sedikit
  • 1 1/2 camca besar mentega
  • 1 ulas bawang putih
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan
  • Lada hitam yang baru dikisar secukupnya

Jom Cuba!
  1. Sotong dicuci bersih, buang kotoran dan potong sederhana besar. Kukus sotong tadi 4 - 5 minit. Sejukkan, kemudian lap kering2 dengan paper towel. Ketepikan.
  2. Gaul sotong tadi dengan putih telur rata, kemudian taburkan tepung gorengan berperisa dan golek2 kan sotong tadi sehingga semua bersalut rata dengan tepung.Goreng terendam dalam minyak sederhana panas hingga sotong kuning keemasan, angkat dan toskan atas paper towel.
  3. Dalam kuali yang bersih, cairkan mentega dengan api perlahan dan biar hingga mentega keperangan, masukkan bawang putih dan goreng hingga peerang, masukkan sotong dan gaul rata. Matikan api dan angkat sotong tadi, toskan atas paper towel.
  4. Alih ke dalam bekas, taburkan dengan lada hitam dan hirisan daun bawang. Gaul rata dan boleh dihidangkan. Nak makan dengan sos pun ok, tak de masalah...

Related Posts:

  • Is 'Ketam' Bola Masak Cili Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dah sampai kita ke bulan Disember..bulan terakhir untuk setiap tahun masihi... tak lama lagi kita akan sampai ke Tahun 2015...banyak kisah suka duka dalam tahun ni untuk memberikan pe… Read More
  • Kupang Labu Masak Lemak Kunyit Assalamualaikum dan selamat pagi Dah lama umi tak masam kupang..masa belanja barang dapur kat Jusco..ada plak isi kupang dijual... umi beli la dalam 300gram.. masa itu belum lagi terpikir nak masak apa... jadi bila balik … Read More
  • Ikan Cencaru Sumbat/ Belah Belakang Suami umi minta umi masakkan ikan cencaru sumbat macam ibu umi buat..salah satu masakan yang suami umi belajar makan dari keluarga umi...sebelum ini suami umi tidak biasa makan ikan cencaru sumbat macam ni...ye la itu isti… Read More
  • Sambal Udang Kering Terung Assalamualaikum dan selamat pagi   Apa khabar? Semalam ramai kakitangan kerajaan yang telah mendapat kenaikkan gaji...alhamdulillah..bagi yang belum dapat jangan kecewa...bukanya tak dapat cuma sedikit lew… Read More
  • ROJAK AYAM GORENG dari Kuantan..resepi tulisan tangan umi Untuk Link resepi Klik Kak Azlita Untuk join jugak cabara, klik Gambar … Read More

0 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive