Tuesday, January 6, 2015

Popia Daging Bunjut - entry pertama 2015

Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru
 
Harap masih belum terlewat untuk umi mengucapkan selamat tahun baru masihi untuk semua sahabat umi..diharapkan bukan hanya umur yang bertambah juga amalan kita juga...in sha Allah.. akhir 2014, menurunkan tabir memang masa yang amat sibuk buat umi dan keluarga kecil.. rakyat Malaysia juga diduga dan diuji oleh Allah seiring dengan kemampuan kita sendiri...seperti surah Al- Baqarah :Ayat 155

“Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan…(Surah al-Baqarah : 155)

Di saat inilah kita lihat ramai rakyat Malaysia bersatu dan berkerjasama tidak mengira bangsa, agama dan warna kulit.. Allahuakhbar... Semoga semua yang dilakukan diberikan ganjaran oleh Allah... ok lah berbalik kepada Popis Daging Bunjut ni..ini namanya resepi suka hati umi je.. memandangkan anak2 umi ingin makan kudapan dan ada tetamu yang berkunjung ke rumah iaitu rakan umi, Siti Maslinda... umi sempat buat menu yang ringkas ni je.. apa pun, suami umi minta baut lagi dan sedap katanya..ALhamdulillah.. popia ini juga boleh di frozen kan.. meh la cuba...
Resepi ; Popia Daging Bunjut
Sediakan kulit popia yang kecil dan semangkuk air masak secukupnya...
Bahan utk Inti 500g daging cincang (boleh ditukar ayam jika suka) 3 biji ubi kentang (didadu) 1 labu bawang besar (didadu)3 s/b serbuk kari
Garam 
Gula Air secukupnya

Caranya

1.Tumis bawang sehingga layu. 
2. Masukkan daging cincang dan biarkan masak sebentar.
3. Masukkan pula ubi kentang. Gaul sebati.
4. Masukkan bancuhan serbuk kari & masak sehingga daging & ubi kentang empuk (jika perlu tambahkan air). 
4. Sebatikan rasa dengan garam & gula. 
5. Siap. Sejukkan.
Untuk Popia Daging Bunjut;-
1. Ambil sekeping kulit popia.
2. Letakkan inti yang telah sejuk tadi.
3. Bunjutkan seperti gambar di atas, lekatkan menggunakan air masak.
4. Bunjut biar kemas.
5. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
6. Goreng sehingga kulit popia kekuningan. Angkat.
7. Sedia untuk dimakan.

Related Posts:

  • Sup Tulang AdabiAssalamualaikum dan selamat pagiLama betul umi 'cuti' berblog..hehe, tengah ambil mood baru sempena tahun baru islam...tapi bila lama cuti ni, mula penyakit M makin menjadi-jadi..bila pikir2, ish tak boleh jadi ni...tak baik … Read More
  • Sup Tulang Untuk Kuah Bihun dan SebagainyaAssalamualaikum dan selamat pagiPanjang tajuk entry umi pagi Jumaat yang barakah ni kan? umi cuma ikut tajuknya dalam buku warisan dari ibu umi iaitu Medan Selera oleh Hj Ahmad bin Yaakub Al-Johori. Buku ini ditulis semula ke… Read More
  • Bubur Lambuk Daging + Telor Masin Kak Jee  Assalamualaikum dan selamat tengahari Apa khabar? Semoga semua yang sudi berkunjung di blog umi ni sihat walafiat dan sedang bersedia untuk menyambut bulan ramadhan yang mulia tidak lama lagi...tak sampai seminggu l… Read More
  • Daging Goreng Kunyit My Style  Assalamualaikum dan selamat tengahari Alhamdullillah bertemu kita semula di dalam blog yang sempoi ni..hari ni umi nak kongsi satu menu mungkin biasa bagi sahabat2 umi cuma ini menjadi kegemaran keluarg… Read More
  • Mee Rebus Cik AniAssalamualaikum dan selamat pagiaaaaa.................mmmmmm....................eerrrrrrrrrrrrrrrrr..............aaaaaa..........mmmmmapa nak bebel ya? selalunya kalau blog2 glamour akan tulis 'wordless wednesday' tapi kalau … Read More

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive