Tuesday, January 6, 2015

Popia Daging Bunjut - entry pertama 2015

Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru
 
Harap masih belum terlewat untuk umi mengucapkan selamat tahun baru masihi untuk semua sahabat umi..diharapkan bukan hanya umur yang bertambah juga amalan kita juga...in sha Allah.. akhir 2014, menurunkan tabir memang masa yang amat sibuk buat umi dan keluarga kecil.. rakyat Malaysia juga diduga dan diuji oleh Allah seiring dengan kemampuan kita sendiri...seperti surah Al- Baqarah :Ayat 155

“Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan…(Surah al-Baqarah : 155)

Di saat inilah kita lihat ramai rakyat Malaysia bersatu dan berkerjasama tidak mengira bangsa, agama dan warna kulit.. Allahuakhbar... Semoga semua yang dilakukan diberikan ganjaran oleh Allah... ok lah berbalik kepada Popis Daging Bunjut ni..ini namanya resepi suka hati umi je.. memandangkan anak2 umi ingin makan kudapan dan ada tetamu yang berkunjung ke rumah iaitu rakan umi, Siti Maslinda... umi sempat buat menu yang ringkas ni je.. apa pun, suami umi minta baut lagi dan sedap katanya..ALhamdulillah.. popia ini juga boleh di frozen kan.. meh la cuba...
Resepi ; Popia Daging Bunjut
Sediakan kulit popia yang kecil dan semangkuk air masak secukupnya...
Bahan utk Inti 500g daging cincang (boleh ditukar ayam jika suka) 3 biji ubi kentang (didadu) 1 labu bawang besar (didadu)3 s/b serbuk kari
Garam 
Gula Air secukupnya

Caranya

1.Tumis bawang sehingga layu. 
2. Masukkan daging cincang dan biarkan masak sebentar.
3. Masukkan pula ubi kentang. Gaul sebati.
4. Masukkan bancuhan serbuk kari & masak sehingga daging & ubi kentang empuk (jika perlu tambahkan air). 
4. Sebatikan rasa dengan garam & gula. 
5. Siap. Sejukkan.
Untuk Popia Daging Bunjut;-
1. Ambil sekeping kulit popia.
2. Letakkan inti yang telah sejuk tadi.
3. Bunjutkan seperti gambar di atas, lekatkan menggunakan air masak.
4. Bunjut biar kemas.
5. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
6. Goreng sehingga kulit popia kekuningan. Angkat.
7. Sedia untuk dimakan.

Related Posts:

  • Nasi Ayam Ipoh..sedap sungguh....sungguh ni..Assalamualaikum dan salam sejahteraHari ni umi tak nak bermukadimah panjang2...tak sabar nak menceritakan pasal nasi ayam ipoh yang amat sedap pada selera umi...ada rakan ofis umi cakap...umi boleh niaga nasi ayam macam ni..s… Read More
  • Rojak TepungAssalamualaikum dan salam sejahteraSalah satu menu tertangguh dari umi sebab hari ni umi ada rawatan lanjutan di Pusrawi kerana umi telah menjalani satu pembedahan kecil pada Hari Jumaat yang lepas. pembedahan kali kedua tapi… Read More
  • Selamat Hari MalaysiaAssalamualaikum dan salam sejahteraSelamat Hari Malaysia semua....apa tu Hari Malaysia ya? Tentu ramai yang dah tau...tetapi bagi yang belum tau, umi kongsikan sedikit info berkenaan Hari Malaysia yang umi ambil dari laman ht… Read More
  • Dapur Tanpa Sempadan CMG atau TiffinbiruAssalamualaikum dan salam sejahteraJap ni tadi masa umi nak link2 kan resepi pengat labu yang CMG kongsikan...umi baca entry CMG malam tadi pasal "Entry tak semengah? Janji bukan curi punya" ...sedih melihat trend masyarakat … Read More
  • Masak Lemak Ikan Sayur KacangAssalamualaikum dan salam sejahterapanjang sungguh nama resepi ni kan? tak padan dengan sebenarnya satu resepi ringkas je...resepi mak mertua umi dari terengganu dan kegemaran suami yang umi cintai...tapi mungkin tak 100 perc… Read More

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive