Tuesday, January 6, 2015

Popia Daging Bunjut - entry pertama 2015

Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru
 
Harap masih belum terlewat untuk umi mengucapkan selamat tahun baru masihi untuk semua sahabat umi..diharapkan bukan hanya umur yang bertambah juga amalan kita juga...in sha Allah.. akhir 2014, menurunkan tabir memang masa yang amat sibuk buat umi dan keluarga kecil.. rakyat Malaysia juga diduga dan diuji oleh Allah seiring dengan kemampuan kita sendiri...seperti surah Al- Baqarah :Ayat 155

“Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan…(Surah al-Baqarah : 155)

Di saat inilah kita lihat ramai rakyat Malaysia bersatu dan berkerjasama tidak mengira bangsa, agama dan warna kulit.. Allahuakhbar... Semoga semua yang dilakukan diberikan ganjaran oleh Allah... ok lah berbalik kepada Popis Daging Bunjut ni..ini namanya resepi suka hati umi je.. memandangkan anak2 umi ingin makan kudapan dan ada tetamu yang berkunjung ke rumah iaitu rakan umi, Siti Maslinda... umi sempat buat menu yang ringkas ni je.. apa pun, suami umi minta baut lagi dan sedap katanya..ALhamdulillah.. popia ini juga boleh di frozen kan.. meh la cuba...
Resepi ; Popia Daging Bunjut
Sediakan kulit popia yang kecil dan semangkuk air masak secukupnya...
Bahan utk Inti 500g daging cincang (boleh ditukar ayam jika suka) 3 biji ubi kentang (didadu) 1 labu bawang besar (didadu)3 s/b serbuk kari
Garam 
Gula Air secukupnya

Caranya

1.Tumis bawang sehingga layu. 
2. Masukkan daging cincang dan biarkan masak sebentar.
3. Masukkan pula ubi kentang. Gaul sebati.
4. Masukkan bancuhan serbuk kari & masak sehingga daging & ubi kentang empuk (jika perlu tambahkan air). 
4. Sebatikan rasa dengan garam & gula. 
5. Siap. Sejukkan.
Untuk Popia Daging Bunjut;-
1. Ambil sekeping kulit popia.
2. Letakkan inti yang telah sejuk tadi.
3. Bunjutkan seperti gambar di atas, lekatkan menggunakan air masak.
4. Bunjut biar kemas.
5. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
6. Goreng sehingga kulit popia kekuningan. Angkat.
7. Sedia untuk dimakan.

Related Posts:

  • Meatball Cabonara Cheese Meleleh Assalamualaikum dan selamat pagi Dah sarapan semua sahabat umi? kalau tak sempat sarapan yang berat2...alas la perut dengan sarapan yang agak ringan...supaya ada tenaga...pagi ini suami dan anak2 umi sarapan yang agak men… Read More
  • Popia Daging Bunjut - entry pertama 2015 Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru   Harap masih belum terlewat untuk umi mengucapkan selamat tahun baru masihi untuk semua sahabat umi..diharapkan bukan hanya umur yang bertambah juga amalan kita juga...in sha A… Read More
  • Rendang Daging Klasik Assalamualaikum dan selamat pagi Esok semua rakyat berbangsa cina akan menyambut tahun baru Cina... Selamat Tahun Baru Cina diucapkan... semoga tahun ini menambah kebahagiaan kekeluargaan.. tiada masakan istimewa... umi h… Read More
  • Daging Masak Merah Ala Thai Jeezy Assalamualaikum dan selamat sejahtera Antara makanan kegemaran umi kalau makan2 di luar adalah nasi goreng USA dan nasi goreng cili padi.. tapi nasi goreng USA yang umi suka jika digandingkan dengan daging masak mer… Read More
  • Sup Merah Tulang Kak Nor Assalamulaikum dan salam sejahtera Al kisahnya ada beberap tulang yang tak berapa nak diusik dalam frezer rumah umi ni.. Nak buat sup yang biasa tu..agak dah selalu..jadi umi pun google resepi2 yang bakal berkenan di hat… Read More

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive