Tuesday, January 6, 2015

Popia Daging Bunjut - entry pertama 2015

Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru
 
Harap masih belum terlewat untuk umi mengucapkan selamat tahun baru masihi untuk semua sahabat umi..diharapkan bukan hanya umur yang bertambah juga amalan kita juga...in sha Allah.. akhir 2014, menurunkan tabir memang masa yang amat sibuk buat umi dan keluarga kecil.. rakyat Malaysia juga diduga dan diuji oleh Allah seiring dengan kemampuan kita sendiri...seperti surah Al- Baqarah :Ayat 155

“Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan…(Surah al-Baqarah : 155)

Di saat inilah kita lihat ramai rakyat Malaysia bersatu dan berkerjasama tidak mengira bangsa, agama dan warna kulit.. Allahuakhbar... Semoga semua yang dilakukan diberikan ganjaran oleh Allah... ok lah berbalik kepada Popis Daging Bunjut ni..ini namanya resepi suka hati umi je.. memandangkan anak2 umi ingin makan kudapan dan ada tetamu yang berkunjung ke rumah iaitu rakan umi, Siti Maslinda... umi sempat buat menu yang ringkas ni je.. apa pun, suami umi minta baut lagi dan sedap katanya..ALhamdulillah.. popia ini juga boleh di frozen kan.. meh la cuba...
Resepi ; Popia Daging Bunjut
Sediakan kulit popia yang kecil dan semangkuk air masak secukupnya...
Bahan utk Inti 500g daging cincang (boleh ditukar ayam jika suka) 3 biji ubi kentang (didadu) 1 labu bawang besar (didadu)3 s/b serbuk kari
Garam 
Gula Air secukupnya

Caranya

1.Tumis bawang sehingga layu. 
2. Masukkan daging cincang dan biarkan masak sebentar.
3. Masukkan pula ubi kentang. Gaul sebati.
4. Masukkan bancuhan serbuk kari & masak sehingga daging & ubi kentang empuk (jika perlu tambahkan air). 
4. Sebatikan rasa dengan garam & gula. 
5. Siap. Sejukkan.
Untuk Popia Daging Bunjut;-
1. Ambil sekeping kulit popia.
2. Letakkan inti yang telah sejuk tadi.
3. Bunjutkan seperti gambar di atas, lekatkan menggunakan air masak.
4. Bunjut biar kemas.
5. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
6. Goreng sehingga kulit popia kekuningan. Angkat.
7. Sedia untuk dimakan.

Related Posts:

  • Pratha Kawan & Kuah Dhal Campak2Assalamualaikum dan salam sejahteraLambat umi masukkan post ari ni...banyak perkara yang perlu umi selesaikan terlebih dahulu...ye la dahulukan yang mana lebih penting kan? hari ini umi bawa bekal simple je, iaitu roti prata … Read More
  • Ku Tak KisahAssalamualaikum dan salam sejahteradah sarapan? umi dah, baru je...alhamdulillah....umi tak kisah...orang nak kata apa pun kata lah...umi nak buat jugak...kalau bosan, tak payah baca...tinggalkan je post ni.....umi nak bagita… Read More
  • Pankek Strawberi & Sos Coklatpankek ni umi buat untuk sarapan..resepi yang mudah dan sesuai untuk orang yang malas macam umi...lebih2 lagi hari cuti ujung minggu..sarapan yang ringkas tapi kenyang tau....fav. nazirah terutama bila makan dengan sos coklat… Read More
  • Coklat Cip Kayu ManisAssalamualaikum dan salam sejahteraDah sarapan ke belum? Umi sarapan dengan biskut coklat cip kayu manis...umi buat malam tadi...dah lama rasanya umi tak buat biskut...ye la, merajuk sebab dah beberapa kali cuba tapi tak jadi… Read More
  • Ayam Ala KassimAssalamualaikum dan salam sejahteraOk la seperti yang umi janjikan...ini lah lauk yang umi padankan dengan nasi minyak resepi bonda...kali pertama baca nama lauk ni terus teringat dialog dalam drama ibu mertuaku lakonan Allah… Read More

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive