Friday, December 12, 2014

Kacang Tanah Goreng Bawang Putih Harimau Malaya

Alhamdulillah..rezeki Harimau Malaya untuk menang 4 -2 Vietnam malam tadi... permainan yang amat mendebarkan dan mengecutkan perut umi... debaran paling kuat bila minit2 akhir... lagi la tak senang duduk..harap Harimau Malaya dapat meningkatkan lagi... Sekalung Tahniah diucapkan.... walaupun berdebar.. tangan umi dan suami serta anak tak pulak berhenti mengunyah... umi makan apa? ha..meh nak bagitau... umi goreng kacang tanah dengan bawang putih...

resepi plak umi hentam je..tapi alhamdulillah sedap dan habis sebekas..hihi...laju je masuk ke mulut... suami umi mintak buat lagi..untuk kudapan masa naik kereta ke..tengok tv ke..memang layan..macam tengok wayang pun ye jugak...memang tak rugi...

Resepi ;- Kacang Tanah Goreng Bawang Putih Harimau Malaya
Oleh ;- umi's cup cake

Bahannya;-
300gram kacang tanah tanpa kulit
10 ulas bawang putih 
1 sudu besar gula
1 kiub ikan bilis
Air secukupnya
minyak untuk mengoreng
1 gengam ikan bilis
3 ulas bawang putih - hiris nipis

Caranya:-
1. Kisar 10 ulas bawang putih bersama gula dan air secukupnya.
2. Kemudian peram bahan yang dikisar bersama kacang tanah dan kiub ikan bilis sekurang2nya 30 minit. (seperti gambar)
3. sambil menunggu kacang diperap, panaskan minyak dan goreng ikan bilis dan bawang putih hiris secara berasingan.
4. Kemudian goreng kacang sehingga masak.
5. Gaul mesra semua kacang, ikan bilis dan bawang putih yang telah digoreng
6.Sedia untuk dihidang..

Related Posts:

  • Rojak TepungAssalamualaikum dan salam sejahteraSalah satu menu tertangguh dari umi sebab hari ni umi ada rawatan lanjutan di Pusrawi kerana umi telah menjalani satu pembedahan kecil pada Hari Jumaat yang lepas. pembedahan kali kedua tapi… Read More
  • Mee Sup TulangAssalamualaikum dan salam sejahteraKejap je dah hari khamis kan? Sebagai seorang islam, memang amalan kita untuk membaca surah yasin pada hari khamis, malam jumaat tapi ramai diantara kita yang kurang jelas akan fadilat surah… Read More
  • Doa Untuk Hadapi SPM & Plain Bread BMAssalamualaikum dan salam sejahteraHari ini 14hb November 2011, semua pelajar tingkatan 5 menduduki SPM. Semua berjaya ya adik2...tentu semua ibu bapa, penjaga dan adik beradik serta sahabat handai yang mendoakan kejayaan adi… Read More
  • Dapur Tanpa Sempadan CMG atau TiffinbiruAssalamualaikum dan salam sejahteraJap ni tadi masa umi nak link2 kan resepi pengat labu yang CMG kongsikan...umi baca entry CMG malam tadi pasal "Entry tak semengah? Janji bukan curi punya" ...sedih melihat trend masyarakat … Read More
  • Nasi Halba TerengganuAssalamualaikum dan salam sejahteraBila cakap pasal halba...mungkin umi mesti terbayang salah satu rempah ratus untuk menambah penghasilan susu setelah bersalin selain di gunakan sebagai salah satu perawatan perempuan selepas… Read More

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive