Wednesday, December 10, 2014

Daging Masak Merah Ala Thai Jeezy

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Antara makanan kegemaran umi kalau makan2 di luar adalah nasi goreng USA dan nasi goreng cili padi.. tapi nasi goreng USA yang umi suka jika digandingkan dengan daging masak merah... kebetulan ada stok daging di rumah..umi pun masak la daging masak merah ala thai ini..versi Jeezy di Myresepi..terima kasih sebab suka berkongsi..amat bermanfaat bagi umi...

tapi bila umi masak sendiri..hampir apa yang ada di dapur tu..umi tambah sesuka hati..ampun ya.. jadi yang umi masak ni meriah sikit..haha... tak rugi mencuba resepi dari Jeezy ni..ramai juga dah mencuba jadi memang sedap dan ringkas... kali ini umi plak yang panjang2kan resepi ini..semoga bermanfaat...


Resepi : Daging Masak Merah Ala Thai
oleh : Jeezy 
Dicuba oleh ;- umi's cup cake

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 1 sudu besar cili giling
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit sos ikan (thailand mari)
  • Sedikit sos tomato
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)

Cara-cara

  1. Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
  2. Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
  3. Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
  4. Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
  5. Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
  6. Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
  7. Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket.

Related Posts:

  • Kerutuk Daging dan Dalca SayurAssalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pagi khamis ni? umi harap semuanya alhamdulillah sihat... kesihatan umi pun bertambah baik...haa, nampak kan gambar apa kat atas tu? tu la gambar kerutuk daging dan dalca sayur ya… Read More
  • Stew Daging Chef HanielizaAssalamualaikum dan salam sejahteraDah makan? hari ni umi masak bekal 2 in 1...kenapa 2 in 1? Haaaaa.....bukan air segera je ada 2 in 1 tapi umi masak untuk bekal di makan sarapan dan tengahari....umi masak stew daging untuk … Read More
  • Daging Masak Merah & Nasi Goreng USA..Jauh tu...Assalamualaikum dan salam sejahteraDah makan malam? umi baru selesai, alhamdulillah..makan nasi goreng USA (tapi kat USA tak ada kot)..macam mana sejarah nama nasi goreng ni pun umi tak pasti...cuma yang umi pasti, nasi goren… Read More
  • Rojak TepungAssalamualaikum dan salam sejahteraSalah satu menu tertangguh dari umi sebab hari ni umi ada rawatan lanjutan di Pusrawi kerana umi telah menjalani satu pembedahan kecil pada Hari Jumaat yang lepas. pembedahan kali kedua tapi… Read More
  • Dapur Tanpa Sempadan CMG atau TiffinbiruAssalamualaikum dan salam sejahteraJap ni tadi masa umi nak link2 kan resepi pengat labu yang CMG kongsikan...umi baca entry CMG malam tadi pasal "Entry tak semengah? Janji bukan curi punya" ...sedih melihat trend masyarakat … Read More

0 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive