Friday, September 9, 2011

Cucur Milo Express...habis pun express!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Maafkan umi sebab lama tak update blog sebab laptop dan handset yang umi guna kan umtuk ambil gambar, rosak..rasa kecewa sangat...banyak yang nak umi kongsikan...insyaAllah akan umi postkan satu persatu ya...hari ni umi nak kongsi salah satu sarapan atau minum petang yang enak dan mudah serta cepat...resepi dari air tangan kakbesah di Myresepi.com...cucur yang lain dari yang lain dan sekejap je licin pinggan...ada yang ingat ini cucur coklat sebab ada rasa macam coklat..sesuai untuk budak2 dan mak2 budak jugak....walaupun dah sejuk tapi tetap lembut...nenek umi yang tak ada gigi pun boleh makan..hehe...ok, jom tengok bahan apa yang diperlukan?



Jom Cuba : Cucur Milo Express

Apa yang diperlukan?
  • 31/2 cawan tepung berserbuk penaik (self rising flour)
  • 1 biji telur besar
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air & secubit garam
  • 3 sudu mkn milo
  • sedikit coklat cips

Jom Cuba!

  1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk.
  2. Blend (dgn blender cili) telur, gula, garam, air & milo hingga berbuih & gula hancur.
  3. Campurkan bhn blend td ke dlm tepung,gaul sebati hingga menjadi adunan yg pekat.tambah air jika perlu.masukkn coklat cips & gaul rata.
  4. Sudukan adunan @ gunakan tangan utk membentuk bulat adunan kedlm minyak panas.goreng hingga luar nmpak garing.api jgn besar sgt.
  5. Boleh la dihidangkan.

Related Posts:

  • Puding Jagung Koktel Assalamualaikum dan selamat pagi   Apa khabar semua sahabat umi? macam mana dengan pagi ini..semoga ceria dan dirahmati Allah selalu... sekarang ni masih ada lagi yang memenuhi jemputan rumah terbuka dan opis … Read More
  • Tiramisu Pandan Assalamualaikum dan selamat petang Salah satu menu yang umi buat hari tu... umi buat kek span pandan untuk tiramisu ini...umi guna resepi dari blog Hana... maaf kalau gambar tak cantik sebab umi nak cepat...gambar tiramis… Read More
  • Homemade Seri Kaya Karamel Assalamualaikum dan selamat petang Apa khabar semua sahabat umi? dah makan tengahari?  Umi baru selesai makan.. Alhamdulillah rezeki... bagi yang baru nak makan, selamat menjamu selera...Dah fikir pasai minum petang.… Read More
  • Emmmm...Sedapnya... Assalamualaikum dan selamat tengahari Hari ni ofis umi buat potluck (betul ke ejaan ni?) untuk pelajar praktikal yang akan tamat belajar...tempoh praktikal hanya 2 bulan sahaja... umi hanya bawa makaroni kari bakar... … Read More
  • Super Moist Eggless Chocolate Cake Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar semua...Jangan jemu ya... umi masih lagi bercerita menu hari lahir keluarga kecil umi yang lepas...kali ini semasa birthday nazirah dan nafiz... umi cuma sempat sediakan kek SME… Read More

2 comments:

Anonymous said...

Milne and Lowe mark the explosives for the " Press"?
Or for " Prez"?
We know they could be marked with PEZ.
or MOTT'S.
or GE.
or RITE- AID.

5689 said...

zzzzz2018.8.14
longchamp outlet
oakley sunglasses
cheap nba jerseys
prada outlet
christian louboutin sale
canada goose jackets
pandora jewelry
mbt shoes
true religion jeans
chrome hearts

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive