Saturday, September 10, 2011

Nyamannya....Koktail Puding

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah...kita masih di dalam mood hari raya terutamanya hujung minggu macam hari ni...tapi ada juga yang tak lepaskan peluang untuk melangsungkan majlis perkahwinan.....semoga berbahagia ke akhir hayat hendaknya....tak ketinggalan juga yang membuka pintu rumah untuk rumah terbuka....resepi yang umi kongsikan hari ni memang sesuai untuk dijamu kepada tetamu di rumah terbuka...resepi yang mudah dari ibu umi iaitu Hjh Zaiton...terima kasih ibu dan tak lupa juga sebagai rujukan adik umi, lyana...dengan ucapan, "jangan lupa buat tau, senang je..."hehe...ada ucapan penaja la pulak....resepi campak2 ni sesuai juga untuk minum petang bila musim panas atau untuk tetamu yang datang 'mengejut'....tapi kena standby la bahan2 ni selalu, bahan-bahannya tak la mudah basi...dan tahan lama...ok la...banyak tulis kang ada yang bosan lalu terlelap pulak kang....jom tengok bahan-bahannya....


Jom Cuba : Koktail Puding

Apa yang diperlukan?
  • 1 tin koktail seperti di bawah (jenama lain pun boleh)

  • 1 tin air masak (guna tin koktail tadi)
  • 1 tin susu cair
  • 2 biji kuning telur
  • 6 sudu besar gula
  • 1 paket mixed mini puding (seperti dibawah) - diambil isinya ajer


Jom Cuba!
  1. Pukul 2 biji kuning telur dengan susu cair hingga sebati.
  2. Masukkan koktail, air masak, gula dan campuran susu cair dan telur tadi ke dalam periuk.
  3. Masak sehingga didih sebentar sahaja. (tak perlu didih lama-lama)
  4. Biarkan kuah sejuk.
  5. Campurkan mini puding semasa menghidang. Hidang lah semasa sejuk atau dimasukkan ais.
Nota : Kalau nak dicampurkan buah-buahan segar pun lebih sedap seperti nenas, anggur, mangga dan lain2 lagi.

Related Posts:

  • Puding Strawberi Kak Nor Secubit GaramAssalamualaikum & selamat pagiDah sarapan? Sarapan yang berat atau ringan? apa pun alhamdulillah bagi yang dah sarapan..yang belum, kena la sarapan sebab ia baik untuk kesihatan...puding strawberi Kak Nor...umi buat bukan… Read More
  • Bread Butter Pudding Kak PatyAssalamualaikum dan salam sejahteraSedih umi tiap2 pagi kebelakangan ni bila makin banyak berita bayi2 yang tak berdosa dibuang macam sampah.. tapi nak salahkan ibu bayi tersebut 100 peratus pun tak boleh, dek kerana kurangny… Read More
  • Umi kah penderhaka itu?Assalamualaikum dan salam sejahteraSebelum umi menneruskan penceritaan mengenai penderhakaan yang umi lakukan itu...umi amat la mengharapkan keampunan dan kemaafan dari Puan Noorma Musa, iaitu pemilik blog Secubit Garam Sesud… Read More
  • Agar-agar Gula MelakaAssalamualaikum dan salam sejahteraHa...umi dah nampak ada yang geleng kepala....kenapa la umi sejak 2 menjak ni asik layan agar2 atau puding je....tahan mata je la ya...umi tengah semangat mencuba puding2 yang ada dalam sena… Read More
  • Puding Kasih Bertaut, hati tetamu umi pun bertautAssalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar? Sedar tak sedar dah hari ke 16 kita beraya...sekejap betul masa berlalu...raya macam baru je menyambut syawal, dah hampir ke bulan zulkaedah...masak apa hari ni? umi masak biasa2… Read More

0 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive