Monday, September 19, 2011

Umi kah penderhaka itu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sebelum umi menneruskan penceritaan mengenai penderhakaan yang umi lakukan itu...umi amat la mengharapkan keampunan dan kemaafan dari Puan Noorma Musa, iaitu pemilik blog Secubit Garam Sesudu Gula...

Umi harap sangat kak noorma dapat maafkan umi sebab umi dah derhakakan resepi kak noorma yang amat sedap dan digemari ramai...iaitu Agar-agar Taufu Fa, yang hasilnya seperti gambar diatas...umi derhaka memandangkan umi nak buat agar2 ni dalam acuan dan supaya mudah semasa hidang untuk tetamu umi yang datang ke rumah dan umi juga ada menambah perasa dan warna...

"maafkan umi...maafkan umi...maafkan umi, ya kak noorma"
Nota : Sila nyanyi ikut lagu Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee iaitu lagu Maafkan kami

Ok la tak mau cerita panjang2, nanti bertambah derhaka plak umi...jom tengok resepi versi derhaka..apa pun agar2 ni tetap lembut dan sedap...terima kasih kak noorma

Jom Cuba: Agar-agar Taufu Fa

Apa yang diperlukan?


  • 15 g agar-agar (umi guna 10 g agar2 serbuk)
  • 10 cawan air (umi guna 8 cawan air)
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan gula
  • 2 tin laici
  • 1 sudu kecil perasa strawberi - umi tambah
  • 1/2 sudu kecil warna merah - umi tambah (boleh kurang ikut selera, hehe)

Jom Cuba!

  1. Masak agar-agar hingga larut kemudian masukkan susu cair serta gula.
  2. Tunggu hingga mendidih seketika dan tutup api.
  3. Masukkan perasa dan pewarna dan dikacau rata.
  4. Kemudian sejukkan dalam acuan besar atau mangkuk kecil.
  5. Semasa hendak dihidangkan, letakkan air laici serta buahnya di atas agar-agar tadi.

Nota dari Kak Noorma:

  • Agar-agar ni lembut ala-ala taufu fa, ianya tidak boleh dipotong. Bila hendak makan sendukkan agar-agar bersama air laici dan kuahnya ke dalam mangkuk hidangan.
  • Sedap dimakan jika disejukkan terlebih dahulu didalam peti ais.

Related Posts:

  • Simple Tiramisu  Assalamualaikum dan selamat pagi Eh..pagi2 lagi umi dah tunjuk sesuatu yang mengemukkan ni...ish...ish..ish.. terukkan umi ni...hehe..Apa khabar semua sahabat umi? Dah sarapan ke belum... ambil lah sarapan walaupun… Read More
  • Agar-agar Bandung Cincau Assalamualaikum dan selamat petang Bismillah hirahman nir rahim...akhirnya ruyung telah pecah dan umi dapat update blog setelah sekian lama dan halangan demi halangan ditempuh...apa khabar semua sahabat umi? Umi selalu do… Read More
  • Milky Peach Pudding Assalamualaikum dan selamat pagi Diam tak diam, hujung minggu ini kita akan menyambut aidil adha... Bagi yang sedang menunaikan rukun Islam ke 5, semoga mendapat Haji yang mabrur... bagi yang berkorban ternakan pula, dah… Read More
  • Puding Roti Kak Aida & Blogger ELC Assalamualaikum dan Selamat pagi Apa khabar sahabat umi? pejam celik..pejam celik..dah hari Jumaat dan penghujung cuti sekolah... minggu depan..mula la rutin harian seperti biasa... apa yang bermula, mesti ada akhirnya… Read More
  • Puding Karamel Tanpa Telur Assalamualaikum dan Selamat pagi Ada khabar gembira iaitu jiran Umi, Shamsiah telah selamat melahirkan seorang putera semalam setelah mempunyai 3 orang puteri... Alhamdulillah... bertambah umat Nabi Muhammad S.A.W... pena… Read More

0 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive