Thursday, September 29, 2011

Ayam Masak Kicap Berempah Versi Ayah umi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni umi nak kongsikan resepi biasa2 je..mungkin ada yang pandang sebelah mata je kot...tak pe kan, sebagai rujukan dan kenangan untuk umi...lepas ni kalau terlupa, tengok je kat sini...rindunya kat ayah, tapi tak pe...hujung minggu ni nak jumpa sebab adik bongsu umi konvo di UMP...

Sebenarnya gambar ni, gambar lama yang umi terlupa nak masukkan dalam entry umi...jadi hari ni bila ada kesempatan, umi masukkan la....lauk ayam masak kicap ni sedap sebab terasa rempah ratusnya bila makan...lebih2 lagi bila ayah umi yang ajar kan....ok la, tak nak celoteh panjang hari ni...jom tengok apa yang ayah umi gunakan....

Jom Cuba : Ayam Masak Kicap Berempah
Sumber : Ayah umi

Apa yang diperlukan?

Bahan A
  • 1/2 ekor ayam
  • kunyit serbuk secukupnya
  • garam secukupnya

Bahan B
  • 2 biji bawang besar
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 sudu rempah kari
  • 1 sudu rempah beriani
  • 4 biji cili padi - kalau nak pedas, boleh letak lebih
  • 4 sudu kicap manis
  • air secukupnya

Jom Cuba!

  1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng separuh masak.
  2. Tumbuk atau kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
  3. Tumis bahan kisar/tumbuk sehingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan rempah kari dan rempah beriani. Kacau sehingga sebati.
  5. Bila agak kering dan naik bau, masukkankicap manis dan air secukupnya. Biar didih.
  6. Masukkan pula ayam goreng, cili padi dan bawang yang dihiris. Biar mendidih dan ayam masak sepenuhnya. Tutup api.

Related Posts:

  • Ayam Goreng Berempah SeraiAssalamualaikum dan selamat pagiApa khabar sahabat2 umi samaada sahabat baru, lama, kenal ataupun silent reader.... umi harap semuanya sihat dan gembira di samping keluarga tercinta dan bersemangat untuk memasak untuk keluarg… Read More
  • Ayam Pulut Kukus Assalamualaikum dan selamat pagi Pernah makan ayam pulut kukus? umi pun tak pernah dan ini kali pertama umi makan... sedap rasanya kalau beras pulut dimasak macam ini... tak puas umi dan anak2 makan... umi dan anak2 je? s… Read More
  • Nasi Mandy Assalamualaikum dan Selamat Tengahari Apa khabar semua sahabat umi...dah makan tengahari ke belum? Mungkin ada yang makan awal atau ada yang masih kenyang lagi? Umi sudah makan dalam mesyurat tadi dan masih kenyang kerana… Read More
  • Ayam Sos Siam Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar semua sahabat umi? Semoga di dalam lindungan Allah... seperti yang umi janjikan semalam untuk masukkan resepi (lagi sekali) oleh AlongRoz iaitu ayam sos siam yang umi gandingka… Read More
  • Nasi Jagung Serai Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar semua sahabat umi? Semoga sentiasa sejahtera dan di rahmati Allah... minggu ni merupakan minggu yang agak sibuk buat umi...harap2 apa yang umi usahakan akan manjadi...amin.. yan… Read More

0 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive