Wednesday, September 21, 2011

Resepi Brownies Mudah, Memang MUDAH sangat

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah...kita masih lagi bernafas di bumi Allah yang bertuah ni...semoga semua sihat dan berbahagia selalu...senyum, tanpa perlu kata2 apa2 pun satu rahmat dan rezeki yang Allah berikan pada kita....marilah kita berzikir sambil kita melakukan tugas harian kita...zikir untuk hari rabu ini adalah

HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )

mudah kan zikirnya...untuk zikir harian mengikut hari adalah seperti berikut, kita mulakan dengan penghulu segala hari (sumber http://zikiribadat.blogspot.com/) :-

HARI JUMAAT : Ya Allah ( 1000 X )
HARI SABTU : La ilaha illallah ( 1000 X )
HARI AHAD
: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X )
HARI ISNIN : La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X )
HARI SELASA : Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal
amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )
HARI RABU
: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )
HARI KHAMIS : Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )

Semoga semua mendapat manfaat dan rahmat di pagi ini...ok la sebenarnya umi nak kongsikan satu resepi yang umi ambil dari blog kak hana yang dah lama menyepi sebab kesibukan kerja....resepi ni umi buat 4 adunan dan alhamdulillah, menjadi dan ramai yang suka...ada yang kata macam makan kat kedai...terima kasih kepada yang empunya resepi iaitu wssary dari Myresepi dan dipanjangkan oleh kak hana...cuma umi nak minta maaf sebab gambar tak berapa cantik tapi yang penting rasanya sedap...jom tengok resepi mudah ini


Jom Cuba : Resepi Brownies Mudah
sumber asal : wssary@myresipi.com
source : hanamemories.blogspot.com

Apa yang diperlukan?

  • 6 sb serbuk koko
  • 1/4 cawan mentega cair
  • 1 cawan gula- hana buh 1/3cwn gula putih, 2/3cwn gula perang - umi guna gula biasa je
  • 1/2 sk vanilla
  • 1/4 sk garam
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 2 butir telur
  • 1 cawan kekacang - optional

Jom Cuba!

  1. Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius.Taburkan sedikit tepung dalam loyang empatsegi berukuran 18cm - hana sapu loyang dengan butter, umi ikut kak hana
  2. Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk.
  3. Gaul sebati. Masukkan kekacang jika mahu.
  4. Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30min.

Related Posts:

  • Selamat Hari Lahir Ahnaf ke 2 Tahun & Rainbow Cupcake Angry Bird  Assalamualaikum dan selamat pagi Bertemu kembali kita minggu baru...alhamdullillah..selesai sudah tugasan umi setiap tahun untuk buat kek untuk meraikan hari lahir keluarga kecil umi ni...semalam hari … Read More
  • Pop Cake ....sedapnya  Assalamualaikum dan selamat pagi Coklat lagi...jangan jemu pulak ya...hari ni umi nak kongsi resepi pop cake...first time umi buat...dah lama 'mengidam' nak buat pop cake ni...hasilnya sedap cuma rupanya je kurang… Read More
  • Chocolate Cup Cake Kak Shahriah  Assalamualaikum dan selamat petang Apa khabar semua pengunjung umi's cup cake..harap semuanya sihat alhamdulillah... semoga ceria dan tidak monday blues...hari ni kita monday red..hehe Semerah buah strawberi yang… Read More
  • Chocolate Mayonnaise Cake Assalamualaikum dan selamat tengahari Terima kasih diatas ucapan2 selamat hari lahir pada umi semalam...genap la 32 tahun hidup di muka bumi Allah ni..nikmat yang tak terhingga... Hari ini pula, 1 Reja… Read More
  • Selamat Hari Lahir Suamiku & Black Forest CakeAssalamualaikum dan selamat pagiTerima kasih Ya Allah kerana memberikan kuSuami yang soleh sangat bertangjungjawab pada keluarganyaKeluarganya dibawa mencintai dan takutkan Tuhannyakami dididik beribadahdan berakhlak yang mul… Read More

0 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive