Monday, July 4, 2011

Sup Ikan Chef Hanieliza


Kesian kan ikan merah ni...muncung mulut sebab umi masak sup...tak pe lah..jangan mulut umi yang muncung sudah la...yang pastinya umi tak muncung sebab sup ikan versi chef hanieliza ni ...resepi dari buku 1 hari 1 resepi yang pernah umi ceritakan sebelum ini di sini....menyelerakan...umi sakit tekak makan sup ni suam2....memang kena dengan selera....cuma umi tambah sikit bahan untuk sup ni...tambah kentang dan cendawan tiram sikit, malas punya pasal la ni...senang masak satu lauk je sebab suami umi out-station...hehehe, tu yang malas tu...ikan merah ni masak kari pun sedap tapi dek kerana nak melayan tekak yang perit ni..sup la paling sesuai...tak yah celoteh banyak eh...umi sakit tekak ni...jom layan resepi....

Jom Cuba : Sup Ikan Chef Hanieliza

Apa yang diperlukan?

  • 1 ekor ikan merah (Saiz sederhana besar)
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 3 cawan air
  • 1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
  • 2 tangkai daun sup
  • 2 tangkai daun bawang
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 2 biji kentang - dipotong baji(umi tambah)
  • 50 gram cendawan tiram(umi tambah)
  • 3 biji bawang merah - dihiris
  • 1 ulas bawang putih - dihiris
  • 2 inci halia - dihiris

Jom Cuba!

  1. Bersihkan ikan dan toskan.
  2. Panaskan minyak ke dalam periuk. tumiskan bahan hiris hingga wangi.
  3. Masukkan air, kentang, lada hitam dan sup bunjut.
  4. Apabila mendidih, masukkan cendawan dan ikan merah tadi. Kemudian tambah sedikit garam. Biarkan mendidih, kemudian tutupkan api.
  5. Taburkan daun sup dan daun bawang.
  6. Sedia dihidangkan.

Related Posts:

  • Sup Ikan Chef HanielizaKesian kan ikan merah ni...muncung mulut sebab umi masak sup...tak pe lah..jangan mulut umi yang muncung sudah la...yang pastinya umi tak muncung sebab sup ikan versi chef hanieliza ni ...resepi dari buku 1 hari 1 resepi yang… Read More
  • Ikan Kembung Masak AsamAssalamualaikum dan selamat tengahariHari ini umi bawa bekal ikan kembung masak asam....teringin pula bila jenguk blog kak ita ari tu...teringat masa kat kampung, nenek umi suka masak asam ni sebab senang...laju je umi dan ar… Read More
  • Siakap Tiga Rasa Versi Umi & Air Susu CincauAssalamualaikum dan salam sejahteraIni lah pasangan menu untuk nasi pilaf tu...siakap tiga rasa versi umi...dan air susu cincau versi umi gak...versi campak2 dan orang malas...suami umi dan anak2 suka sangat makan ikan siakap… Read More
  • Koay Teow KantonisAssalamualaikum dan selamat tengahariMakan apa tengahari ni? umi bawa bekal koay teow kantonis...satu satu resepi yang mengenyangkan dan mudah untuk dicuba...terutama kelainan resepi ini kerana terdapat penggunaan minyak bija… Read More
  • Nasi Mangga MudaAssalamualaikum dan selamat petangAlhamdulillah..mesti semua dah makan tengahari kan? makan apa? umi makan nasi mangga muda...sedap...kebetulan balik terengganu ari tu, mak mertua bagi banyak mangga muda...besar2 plak tu...la… Read More

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive