Monday, July 18, 2011

Cornflakes Milo

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah..sampai jua kita ke minggu yang baru dan hari isnin yang diharapkan tidak membosankan...minggu baru, cerita baru...cerita umi hari ni adalah cerita suami umi...minggu lepas ada program di masjid kawasan rumah umi dan terdapat booth kesihatan...suami umi tak lepaskan peluang untuk periksa kesihatan...semuanya alhamdulillah cuma.....satu yang suami umi kena kurangkan berat badan iaitu sebanyak 3 kilo...

jadi nak dijadikan cerita, balik terus suami umi suruh umi sediakan menu diet je...umi cakap, tak pe lah bang, tak lama lagi kan puasa, InsyaAllah susut la nanti...suami umi pesan yang dia tak nak makan nasi malam2...cuma nak makan cookies atau pun oat...kesian pula...


kegemaran suami umi dari kecil adalah makan serbuk milo sehingga setengah cawan, jadi umi pun cari la resepi yang boleh suami umi mengunyah malam2...cari2 di web Myresepi.com, umi jumpa resepi yang mudah dan cepat disediakan...kiranya tetiba ada tetamu, memang sempat sangat nak buat..resepi hebat ni dari HJHMAS_2110...terima kasih Hjh. Mas, suami umi dan anak2 suka sangat resepi mudah ni...jom tengok resepinya

Jom cuba : Cornflakes Milo

Apa yang diperlukan?
  • 100 gram mentega
  • 100 gram cornflakes (umi guna nestle)
  • 100 gram serbuk milo
  • 4 sudu besar golden syrup/madu

Jom Cuba!
  1. Cornflakes dihancurkan sederhana dan disimpan di dalam bekas.
  2. Masak mentega hingga cair dengan api yang sederhana besar.
  3. Apabila mentega sudah cair, masukkan pula golden syrup /madu. Kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan serbuk milo dan kacau sebati.
  5. Apabila sudah sebati, tutup api dan tuangkan kedalam bekas cornflakes tadi.
  6. Bulatkan ketika masih panas. (umi gunakan sudu dan masukkan dalam paper cup)
  7. Bila sudah selesai, masukkan ke dalam peti sejuk.(umi taburkan sedikit manik sebelum masukkan ke dalam peti sejuk)
Senangkan nak buat cornflakes milo ni, boleh juga dijadikan kuih raya nanti....cuba la..

Related Posts:

  • Homemade Tepung Naik SendiriAssalamualaikum dan salam sejahteraAlhamdulillah semalam 20.11.2011, adalah hari pernikahan adik umi dan majlis kesyukuran..majlis yang kecil tapi meriah...Tahniah adik ku, Siti Khairani Alias dan pasangannya Khyru Mat Aris..… Read More
  • Cucur Kentang ZubaidahAssalamualaikum dan selamat pagiDalam kitab Minhajul Muslim dan Riyadhus Shalihin. (Miftahur Rohman/alsofwah) ada menyatakan di dalam bab adab makan yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w bahawaMakan dan minum dari yang halal d… Read More
  • Roti Sosej Goreng Umi StyleAssalamualaikum dan selamat petangDah minum petang? bagi suri rumah atau ibu2 mesti tengah pikir menu minum petang apa yang ringkas dan mudah disediakan disamping perut insan2 tersayang pun kenyang kan? petang ni umi nak kong… Read More
  • Oreo Cheese CakeAssalamualaikum dan selamat malamAmacam terliur tak tengok cheese cake ni malam2? sebenarnya umi buat cheese cake ni dah lama cuma lambat masuk entry, jadi dah habis dan selesai sudah..umi buat sebenarnya atas permintaan anak… Read More
  • Karipap Daging QuinnieAssalamualaikum dan salam sejahteraMinum petang umi untuk hari ahad lepas...karipap daging quinnie...dah lama nak buat bila kali pertama nampak entry Normal 0 false false false M… Read More

8 comments:

intan morsalin said...

resepi baru ni...thanks sudi share..leh try utk wat raya ni..anak2 sya pon ska ngan conflakes madu ni..

Cheq Sue said...

wah... menu raya ni...

umi's cup cake said...

cuba la intan cuma 20 minit je dah siap..

umi's cup cake said...

Cheq sue, tak semestinya raya je..tak raya pun boleh buat...

Ammar said...

mintak satu

umi's cup cake said...

dah habis la ammar, nnt umi buat lagi ya

Unknown said...

nak ambil gambar dan ambil resipi tempek kat blog ek..dan kita link kan ke blog ne sebab ne bukan resipi kita dan ne kan resipi awak..hehe nak cuba buat..senang je..n simple xyah bakar2..

umi's cup cake said...

ambil je ija, memang niat umi nak kongsi dan sama2 tambah ilmu...

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive