Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Saturday, April 16, 2011

Spageti Kicap Acar Buah


Resepi ini umi ambil dari majalah Rasa Oktober 2009, edisi 250 menu lazat rumah terbuka...resepi dari Chef Mohd Shahri, salah seorang chef di De Palma, Shah Alam. Resepi ni adalah dibawah kategori Pasta Asal Itali Selera Malaysia...memandangkan semua bahan2 ada di dapur dan umi sekeluarga ingin sesuatu yang ringkas dan ringan untuk makan tengahari(umi nak jalan2 dengan adik umi petang ni), jadi umi pun cuma resepi yang amat mudah ini...apa lagi jom tengok resepi

Jom Cuba : Spageti Kicap Acar Buah

Apa yang diperlukan?

  • 500 gram spageti
  • 3 biji bawang besar (dicincang)
  • 5 ulas bawang putih(dicincang)
  • 100 gram daging kisar (umi tambah)
  • 30 gram acar buah
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • garam secukupnya
  • serbuk lada sulah secukupnya
  • minyak untuk menumis
  • hirisan daun bawang (umi ganti dengan bawang goreng)

Jom Cuba!

  1. Rebus spageti sehingga masak, toskan dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. kemudian masukkan daging kisar, biar sehingga masak.
  4. Masukkan kicap dan sos tiram. kacau rata.
  5. Setelah itu, masukkan spageti dan gaul sebati. Perasakan dengan garam dan lada sulah.
  6. Masukkan pula acar buah dan minyak bijan. Kacau sehingga sebati.
  7. Akhir sekali, angkat dan hiaskan dengan hirisan daun bawang.

Apam Pisang

Umi buat apam ni untuk sarapan disamping menghabiskan pisang2 yang umi beli...nak buat cekodok dah buat ari rabu, jadi umi pun buat la apam pisang versi acuan puteri ayu..cepat dan mudah...resepi asal dari kak ummi kuantan.
apam ni lembut dan sedap..sesuai untuk anak2 umi terutamanya ahnaf yang cuma ada 6 batang gigi tu..2 ketul jugak la dia makan..apam ni sesuai untuk orang yang sedang berdiet sebab ia dikukus dan tidak berminyak macam cekodok pisang...ok la jom tengok resepi

Jom Cuba : Apam Pisang

Apa yang diperlukan?
  • 8 biji pisang emas (kak Ummi guna pisang siam..hehe)
  • 7 sudu besar gula pasir (sebab pisang siam ni kurang manis)
  • 1 biji telor
  • 3/4 sudu kecil soda bikarbonat
  • 4 sudu besar santan
  • tepung gandum secukupnya (+- 1 1/4 cawan)

Jom Cuba!

  1. Didihkan air periuk kukusan.
  2. Pisang dilecek bersama gula hingga hancur.
  3. Masukkan telor, soda bikarbonat, santan dan tepung. Gaul rata dan sebati seperti bancuhan membuat jemput pisang.
  4. Sapukan loyang dengan sedikit minyak. Tuangkan adunan ke dalam loyang 8inci. (umi guna acuan puteri ayu dan leser sedikit minyak)
  5. Kukus selama 30 minit hingga permukaan kuih berwarna keperangan/masak. (umi kukus selama +/- 20 minit)
  6. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.(sejukkan dan keluarkan dari acuan)


Friday, April 15, 2011

Cup Cake Pisang Sempoi


resepi asal cup cake ni adalah untuk sebiji kek tapi umi buat jadi cup cake..lebih cepat dan mudah..resepi kek pisang yang betul2 sempoi...kek ini umi buat untuk bekal, jual dan makan...kira macam 3 in 1 la ni...kek ni nak buat pun cepat dan bahan2 yang digunakan tak banyak...bahan2 yang memang ada kat dapur je...tapi umi ada la menderhaka sedikit cara penyediaanya..resepi ini umi ambil dari blog kak ummi kuantan, seorang yang kreatif dan rajin memasak..beri umi semangat sebab walaupun bekerja tapi kita boleh memasak untuk keluarga...tak dinafikan, penyakit M tu selalu melanda tapi bila pikir keseronokan bila suami dan anak2 makan makanan air tangan kita, semangat pun datang..ish dah melalut dah ni..jom tengok resepi...

Jom Cuba : Cup Cake Pisang Sempoi

Apa yang diperlukan? (20-25 biji saiz m)
  • 150 gm pisang emas (lebih kurang 3 biji pisang sederhana) - lecek
  • 180 gm tepung gandum
  • 180 gm gula castor
  • 3 biji telor
  • 120 ml minyak masak
  • 1 st ovalette
  • 1 st soda bikarbonat
  • 1 st baking powder
  • secubit garam

Jom Cuba!

  1. Masukkan semua bahan cecair dahulu (minyak, telur dan pisang) dalam blender.
  2. Kemudian masukkan bahan2 lain.
  3. Putar dengan blender hingga sebati dan nampak putih.
  4. Masukkan dalam cup saiz m hanya separuh cup, jangan lebih tau.(macam gambar bawah ni)
  1. Bakar pada suhu 150C (ikut oven umi) selama 20 - 25 minit dengan api atas dan bawah.

ok la kalau sesiapa nak buat versi kek( versi asal) dari kak ummi kuantan, umi letakkan resepinya kat sini ya...

Bahan:-

  • 150 gm pisang emas (Ummi letak 6 biji pisang emas kecil) - lecek
  • 180 gm tepung gandum
  • 180 gm gula perang/gula castor
  • 3 biji telor
  • 120 ml minyak masak
  • 1 st ovalette
  • 1 st soda bikarbonat
  • 1 st baking powder
  • secubit garam

Cara-Cara:-

  1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk.
  2. Putar dengan mixer hingga sebati dan nampak putih.
  3. Masukkan dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit minyak masak.
  4. Bakar pada suhu 180C selama 40 - 45 minit.

(*Pastikan adunan memenuhi separuh loyang sahaja, kerana kek akan naik hampir sekali ganda lagi)

Thursday, April 14, 2011

BEN ASHAARI GEGAR LAGI



Umi nak join..kalau nak join klik sini ya..mudah sangat..semoga semuanya dipermudahkan...

Crazy Chocolate Cake 2


kali ni umi buat versi cup cake pulak...sebenarnya nak mem'balas' pemberian jiran umi..segan la nak bagi bekas kosong walaupun sebenarnya jiran umi tak kisah pun..umi je tak sedap hati...satu adunan ni dapat dalam 10biji je..kalau nak lebih kena buat 2 adunan @ lebih la...bahan2 yang amat mudah dan senang..yang paling penting, tak guna telur...nak buat pun sekejap je dah boleh bakar...yang lebih, untuk bekal dibawa nazirah..ahnaf pun suka makan..habis sebiji dia sorang je..tak padan kecik, lambat skit mula la bising..hehe..tapi bahasa dia la...ok kalau nak resepi boleh la amik kat sini ya..cuma versi cup ni, masa bakar kena la kurangkan kepada 20-25 minit, ikut kesesuaian oven dan saiz cup..umi guna cup saiz m..selamat mencuba..

sedapnya, moist sangat

Wednesday, April 13, 2011

Tabahnya Wanita Ini

Aku...kehidupan ku tidak menarik cuma aku pernah melalui saat2 yg membahagia dan saat2 yang paling getir..kini aku sedang belajar dari segala kesilapan..untuk menjadi insan yang benar2 tabah dan berjaya dalam hidup. Hati ku kini sedang dimiliki dan tiada siapa pun yang boleh memisahkan ku dari tiga insan ini..Ameer, Putri & Firdaus

Sayu dan tersentuh hati umi bila baca kisah2 blogger ini, setelah berpisah dengan suami..dia amat2 tabah membesarkan 3 orang anak yang masih kecil..hendak beli bateri kereta untuk keperluan pun dia terpaksa menjual barang2 di dalam rumah..dengan keadaan anak2 tersayang yang masih belum mengerti tapi memahami...terlebih lagi semuanya berlaku kerana orang ketiga...luahan hatinya...

Pelbagai rintangan saya lalui sendiri. Airmata jika dikumpul akan terbina sebuah tasik…
pelbagai halangan saya hadapi..mmg sukar pada mulanya..
sebenarnya sukar kehidupan saya sebelum awak talakkan dan selepas awak bermain cinta dgn perempuan itu.

Dari keperitan mengandung, smpi melahirkan..hinggalah Anak kita boleh bertatih
Sy hadapi sorang2…sy cuba tidak utk mengalir airmata…
Sy gagah berdiri utk kegembiraan anak2 kita…
Sy cuba sangat…tidak terlalu mengikut perasaan yg terluka..
Sy cuba rawat luka itu
Sy hentikan pendarahan dgn sendiri,
Sy balut sendiri

tak terkata bila baca rintihan hatinya..semoga Allah memberikan ketabahan dan umi percaya dia mampu menghadapinya..

Antara barangan untuk dijual

Tuesday, April 12, 2011

Dinner & Shuhaimi Meor Hassan


Malam Jumaat yang lepas umi menggantikan Pengarah umi untuk pergi ke satu dinner iaitu Majlis Perjumpaan Y.B. Menteri Kerja Raya di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara Anjuran CIDB. Suami umi adalah antara jemputan ke mahlis tersebut, jadi anak2 umi tinggalkan di rumah pengasuh la dulu..kesian anak2 umi..dinner tersebut bermula pada pukul 8.15malam dan tetamu hendaklah berkumpul pukul 7.45malam. sesat jugak la umi dan suami sebab tak biasa...

Meja yang umi dan suami duduk setelah daftar ialah meja no. 25, dengan kawan2 umi dari pejabat lain
menu untuk dinner pada malam tu ialah wild mushroom sup with basil and bread, starter : salad and shrimp, salmon or chicken (masak apa umi tak ingat, sori ya), ice cream with peach and coffee.

sori gambar tak jelas sebab ambil guna hanphone


ini untuk umi, salmon


ini plak untuk hubby, chicken


bread and mushroom soup, sedap

Thanks to suami umi kerana susah payah kupaskan udang untuk umi,
love kanda so much(bukan kerana ini je ya)


Persembahan dari pelajar ASWARA dan satu kumpulan dari Indonesia
kemuncak persembahan paling best dan utama adalah dari Suhaimi Meor Hassan, seronok sangat dapat jumpa secara live, terima kasih kanda sebab bagi izin ambil gambar bersama...



Gambar2 lain disekitar majlis

Jom join bloglist frommetoyou


Jom Join bloglist ni...untuk tambah kenalan dan jalinkan ukhwah
umi tag :

Monday, April 11, 2011

Crazy Easy Muffin


Crazy? Ish2 kenapa nama muffin crazy? Hanya yang punya resepi je yang tau...mungkin sebab resepi muffin ini mudah dan yang paling penting TAK PAYAH GUNA MIXER...jadi sesiapa yang tak ada mixer atau rosak..jangan susah hati, boleh cuba resepi ni...buat tak sampai 1/2 jam pun..mudah, cepat dan senang...istimewanya resepi muffin ni boleh diubah atau diolah filling ataupun perasa tambahan tapi bukan ajinomoto ya...nanti masin la pulak..umi buat muffin untuk minum petang dan jualan macam biasa...satu adunan tak dapat banyak, cuma dalam 9 cup muffin yang saiz m je...kalau nak banyak kena la gandakan adunannya...

untuk filling muffin ni, umi cuma tambah chocolate cip gabungan putih dan coklat...rasa coklat yang cair bila makan, sungguh nikmat...ha..apa lagi jom la cuba resepi dari aludra@myresipi.com

Jom Cuba : Crazy Easy Muffin

Apa yang diperlukan?
  • 220 gram tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan gula caster
  • 3/4 cawan susu segar
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil perasa vanilla
  • 150 gram bahan perasa tambahan (e.g. Pisang hancur, white chocolate, frozen rasberry, blackberry, kelapa kering, grated apple)
  • 1 biji telur dipukul sedikit

Jom Cuba!

  1. Satukan tepung dgn gula dan kacau sebati.
  2. Satukan bahan basah (minyak, telur, susu dan perasa vanilla). Kacau sebati.
  3. Masukkan perasa tambahan kegemaran anda. Saya buat perasa white chocolate dgn blackberry. Jadi, saya masukkan coklat dan hias dgn blackberry.
  4. Gaul sebati, tak payah lama, asal sekata. Masukkan dalam mangkuk muffin dan bakar pada 180 selama 15-20 minit atau hingga keperangan/coklat gitu.

Crazy Chocolate Cake


kek ini umi buat sempena hari lahir seorang cikgu iaitu cikgu Isa dan kebetulan juga ada gotong royong hari ini. kek ni kaya dengan rasa coklat, agak lembap dan lembut. umi cuma hias dengan coklat masakan, hirisan strawberi dan gula2 manik. kek ini amat mudah dan yang amat penting, tiada penggunaan telur. so sesiapa yang suka resepi yang tidak menggunakan telur, boleh la cuba. resepi kek ini umi ambil dari web Myresepi iaitu dari aludra@myresipi.com apa lagi...jom cuba

Jom Cuba : Crazy Chocolate Cake (18 x 18 cm)

Apa yang diperlukan?

  • 1 cawan / 120 gram tepung gandum
  • 1 cawan / 180gram gula halus
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/3 cawan / 80ml minyak sayuran atau minyak masak
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu kecil vanilla
  • 1 cawan air sejuk

Jom Cuba!
  1. Dalam mixing bowl, masukkan semua bahan yang kering (tepung, gula, koko, baking soda, baking powder, garam). Gaul sebati.
  2. Pastu, masukkan semua kandungan cecair, (minyak, cuka, vanilla, air) dan gaul sebati.
  3. Masukkan dalam loyang yang dah disapu mentega/minyak sedikit.
  4. Bakar dalam oven pada 180C selama 30 min atau hingga tester bersih bila dicucuk keluar dari kek.
  5. Boleh dihias dengan frosting kegemaran masing2.

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive