Tuesday, November 25, 2014

Akhirnya ku temui resepi Sambal Belacan idaman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Akhirnya umi dah jumpa resepi sambal belacan yang berjaya memikat selera suami umi..resepi ini pun umi dah banyak kali cuba dan hasilnya..suami minta buat lagi dan lagi dan lagi.. mesti ada yang kata resepi sambal belacan pun nak kecoh kan? tapi ini adalah untuk simpanan supaya jika akan datang..anak2 umi nak rujuk bila umi dah tak ada nanti...cuma umi tak letak mangga muda macam Kak Nor..mak mertua umi letak..mesti lebih terangkat... tak ada stok, jadi ini pun dah memenuhi selera kami sekeluarga.. Terima kasih tak terhingga pada Kak Nor...

SAMBAL BELACAN

Bahan:
3 biji cili merah
3 -5 biji cili api (jenis panjang)
belacan sebesar ibu jari tangan ~ dibakar/goreng tanpa minyak
1/2 sudu kecil gula
2 biji limau kasturi ~ diambil air
hirisan mangga muda ~ optional

Cara:
Tumbuk cili merah dan cili padi tapi jangan sampai lumat.
Masukkan belacan dan gula, tumbuk lagi.
Perahkan limau kasturi dan masukkan hirisan mangga muda.
Gaul hingga sebati dan bolehlah dihidangkan.

Related Posts:

  • Tepung Ranggup Untuk Gorengan Assalamualaikum dan selamat petang Sahabat-sahabat umi tengah buat apa tu? Bagi yang bekerja, walaupun mata berat sebab kenyang..kerja mesti diteruskan...bagi suri rumah, boleh la rehat sebentar setelah selesai basuh ping… Read More
  • Lempeng Udang Kering Assalamualaikum dan selamat pagi  Pejam celik...pejam celik...dah hari rabu...cepat betul masa berlalu kan...hari ini umi nak kongsikan satu sarapan kegemaran arwah ayah umi..ayah jenis kurang makan atau makan sediki… Read More
  • Rojak India Assalamualaikum dan selamat pagi Rojak india ini umi buat untuk makan malam atas permintaan suami yang nak makan agak 'ringan' dan bukan nasi...ringan sangat la tu..hehe..yang penting agak berkhasiat sebab ada sayuran hi… Read More
  • Cucur Bawang Kentang Assalamualaikum dan selamat petang Alhamdulillah...hujan sedang mencurah-curah sekarang ini diluar jendela...lebih nikmat sebab sedang menikmati minum petang iaitu Cucur Bawang Kentang yang suam2 digandingkan dengan secaw… Read More
  • Creamy Choc Oreo...yummynya Assalamualaikum dan selamat pagi Alamak..baru berapa hari umi tinggalkan blog ni dah bersawang la pulak...hehe..jap ya...umi kemaskan.. ops lupa...Apa khabar semua sahabat umi di luar sana? Semoga semuanya dalam lindungan… Read More

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive