Tuesday, November 25, 2014

Akhirnya ku temui resepi Sambal Belacan idaman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Akhirnya umi dah jumpa resepi sambal belacan yang berjaya memikat selera suami umi..resepi ini pun umi dah banyak kali cuba dan hasilnya..suami minta buat lagi dan lagi dan lagi.. mesti ada yang kata resepi sambal belacan pun nak kecoh kan? tapi ini adalah untuk simpanan supaya jika akan datang..anak2 umi nak rujuk bila umi dah tak ada nanti...cuma umi tak letak mangga muda macam Kak Nor..mak mertua umi letak..mesti lebih terangkat... tak ada stok, jadi ini pun dah memenuhi selera kami sekeluarga.. Terima kasih tak terhingga pada Kak Nor...

SAMBAL BELACAN

Bahan:
3 biji cili merah
3 -5 biji cili api (jenis panjang)
belacan sebesar ibu jari tangan ~ dibakar/goreng tanpa minyak
1/2 sudu kecil gula
2 biji limau kasturi ~ diambil air
hirisan mangga muda ~ optional

Cara:
Tumbuk cili merah dan cili padi tapi jangan sampai lumat.
Masukkan belacan dan gula, tumbuk lagi.
Perahkan limau kasturi dan masukkan hirisan mangga muda.
Gaul hingga sebati dan bolehlah dihidangkan.

Related Posts:

  • Nasi Jagung Serai Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar semua sahabat umi? Semoga sentiasa sejahtera dan di rahmati Allah... minggu ni merupakan minggu yang agak sibuk buat umi...harap2 apa yang umi usahakan akan manjadi...amin.. yan… Read More
  • Tom Yam Air Kelapa Assalamualaikum dan selamat pagi Tom yam memang sinonim dengan tekak umi sekeluarga dan kali ini adalah pertama kali umi campurkan air kelapa... dah lama mengidam style tom yam kelapa ni tapi baru kini tercapai hehe...ras… Read More
  • Nasi Mandy Assalamualaikum dan Selamat Tengahari Apa khabar semua sahabat umi...dah makan tengahari ke belum? Mungkin ada yang makan awal atau ada yang masih kenyang lagi? Umi sudah makan dalam mesyurat tadi dan masih kenyang kerana… Read More
  • Stew Daging Kak Hana Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar sahabat2 umi yang dekat atau pun jauh... dah sarapan? mungkin ada yang baru nak minum pagi...apa2 pun yang penting kita kena jaga kesihatan yang Allah berikan pada kita... umi … Read More
  • Lempeng Udang Kering Assalamualaikum dan selamat pagi  Pejam celik...pejam celik...dah hari rabu...cepat betul masa berlalu kan...hari ini umi nak kongsikan satu sarapan kegemaran arwah ayah umi..ayah jenis kurang makan atau makan sediki… Read More

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive