Monday, December 23, 2013

Akhirnya...maggi kari ketam masam manis

Assalamualaikum dan selamat petang
Ya Allah berikan lah kekuatan dalam menjalankan tugasan harian ku... hari isnin...penuh dengan kerja sebab nak cuti lama sikit nanti... bila nak siapkan semua kerja... dugaannya, hanya Allah yang tahu... tarik nafas...hembus...tarik nafas....hembus... rasa lega sikit... apa pun makan malam untuk malam tadi amat sedap... lepas sudah kempunan akibat di goda oleh Che Mat Gebu... ops, bukan goda fizikal ya...goda hidangan maggi ketam...nampak kan kaki ketam yang terlebih tu...nikmat sangat...
Bagi yang belum cuba...jangan malu... jangan segan...buat je...mudah dan yang penting sedap...lain dari yang lain...umi salin balik resepinya bagi yang ingin mencuba....Terima kasih cik mat

Resepi : Maggi Kari Ketam Masam Manis
Oleh : Che Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 bungkus mi maggi perisa kari
2 ekor ketam saiz sederhana, dibersihkan
1 pelepah sawi putih, siang berasingan batang dan daunnya
2 biji cili padi merah thai, hiris
2 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 hirisan nipis halia, hiris halus
1 camca besar sos tomato
1 camca besar sos cili
3 cawan air
1 biji telur
1- 2 biji tomato ceri dihiris untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Sedikit parsley untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (mat guna non-stick pan yang agak dalam). Tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia, tambah sos cili dan sos tomato, kacau rata dan masukkan perencah kari mi maggi (yang disertakan sekali dalam paket mi maggi). Kacau rata dan tuang air, biar mendidih.
  2. Kecilkan api dan pecahkan telur perlahan2, pastikan merahnya tidak pecah. Biar telur masak. Masukkan batang sawi, cili padi hiris dan ketam, masak hingga ketam berubah warna. Tambah mi maggi dan biar mi kembang.
  3. Masukkan daun sawi dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Kalau kurang kuah, anda boleh tambah sedikit lagi air. Hias dengan bawang goreng, hirisan tomato ceri dan parsley sebelum dihidangkan.

Related Posts:

  • Mee Goreng BasahAssalamualaikum dan selamat tengahariMee ni umi buat untuk makan malam tadi..atas permintaan suami...suami umi suka makan mee yang berkuah seperti mee goreng basah, mee bandung (terutama mee bandung muar...sedap), mee hailam,… Read More
  • Mee Sup TulangAssalamualaikum dan salam sejahteraKejap je dah hari khamis kan? Sebagai seorang islam, memang amalan kita untuk membaca surah yasin pada hari khamis, malam jumaat tapi ramai diantara kita yang kurang jelas akan fadilat surah… Read More
  • Rojak TepungAssalamualaikum dan salam sejahteraSalah satu menu tertangguh dari umi sebab hari ni umi ada rawatan lanjutan di Pusrawi kerana umi telah menjalani satu pembedahan kecil pada Hari Jumaat yang lepas. pembedahan kali kedua tapi… Read More
  • Selamat Hari Lahir Adikku Syahirah & Mee Hoon Goreng PutihAssalamualaikum dan salam sejahteraHari ini merupakan hari lahir adik umi yang berada di MRSM di Kelantan...Hari ni genap umur syahirah 16 tahun, ini bermakna tahun depan adik akan mengambil SPM...semoga berjaya dan sentiasa … Read More
  • Makaroni Keju BakarAssalamualaikum dan salam sejahteraDah sarapan? hari ni umi sarapan agak berat sedikit...umi makan makaroni keju bakar...dah lama umi teringin nak buat tapi tak berkesempatan...nak masak makaroni keju bakar ni senang dan cepa… Read More

5 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive