Friday, January 18, 2013

Kek Coklat Simple Tanpa Telur

Assalamualaikum dan selamat petang
Pejam celik..pejam celik...dah sampai hari Jumaat...bila hari Jumaat je, mesti mood happy sebab esok cuti..hehe..macam budak2 kan...cakap pasal budak2... resepi hari ini mesti budak2 suka..(sebenarnya mak budak pun suka sama)...
 Ok la hari ini umi tak dapat nak berceloteh panjang...kek cawan ni umi buat malam tadi...asalnya untuk sebuku kek tapi umi malas dan hanya buat dalam bentuk kek cawan...untuk topping, umi cuma cairkan coklat dan tambah sedikit butter...kemudian hiaskan dengan coklat urai warna warni...yang best lagi..tiada telur digunakan...DAN paling penting, tak payah guna mixer, hanya kacau je...apa lagi? tengok la resepinya...
Resepi : Kek Coklat Simple Tanpa Telur
Oleh : Umi_e (myresepi.com)

Bahan-bahan ( 1 biji sederhana untuk 8-10 orang )

  • 3 cawan tepong gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan gula (castor sugar)
  • 2 sudu teh baking powder
  • (Kesemua bahan ini bolehlah disatukan)
  • 2 cawan air
  • 2/3 cawan minyak masak
  • 2 sudu makan cuka
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • (Kesemua bahan cairan bolehlah disatukan)
  • Cokelat urai (untuk hiasan atau apa2 yang disukai)

Cara-cara

  1. Kekcokelattt1
    Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas adunan (bahan kering dan bahan cairan)
  2. Kekcokelattt2
    Putar/pukul sehingga semua bahan rata dan sebati
  3. Kekcokelattt3
    Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan margerin (supaya tak lekat) dan bakar sehingga masak (bila masukkan lidi keluar dgn bersih) 
  4. Bakar pada suhu 160 darjah selama 20-25 minit ikut oven masing2.
  5. Setelah kek masak dan sebelum sejuk bolehah ditaburkan cokolat urai ke atasnya (kalau dah sejuk nanti tak melekat)

Related Posts:

  • Puding TriffleAssalamualaikum dan selamat petangLambat umi bersiaran hari ni..ada mesyuarat yang umi kena hadir, umi kena la jalankan tugas yang diamanahkan....dah makan tengahari? apa menu istimewa hari ni? simple je? walaupun simple, ia … Read More
  • Kek Pisang Kak BesahAssalamualaikum dan selamat tengahariDah berapa hari umi tak update blog..jenguk tetap jenguk tapi umi sebenarnya kekeringan idea dan disamping mood sedikit jauh dari biasa...ada tugasan penting sedang menanti dan sebagai 'or… Read More
  • Tomyam Sempoi FaizalAssalamualaikum dan selamat pagiPerasaan umi pagi ni seronok sangat...satu perasaan indah yang tak dapat diungkap dengan kata2 sebab umi tak pandai nak bermadah...rasa tenang kerana diberikan peluang di muka bumi Allah ini un… Read More
  • Kek Marble Hati Lara BlueberryAssalamualaikum dan selamat pagiApa khabar? Lama betul umi tak update blog ni kan..ada banyak sebab dan selebihnya sedang ambil mood untuk berblog...dulu ada ayah umi beri semangat, hampir separuh semangat umi seakan-akan hil… Read More
  • Kek Batik AroraAssalamualaikum dan selamat pagiAkhirnya sampai juga seru umi untuk buat kek batik ni..walaupun dah ketinggalan sesangat dari orang lain...(alasan je, sebenarnya malas)... seronok sangat masa sediakan kek ni sebab banyak warn… Read More

5 comments:

Anonymous said...

As slm umi...nk tanya berapa suhu utk bakar n berapa minit ya?

umi's cup cake said...

suhunya 160 darjah selama 20-25 minit ikut oven masing2

Anonymous said...

Senangnye..bhn nye pon mmg biasa ada d dapur. Tq umi

Anonymous said...

Kalau letak sugar biasa and tak letak makan cuka tak boleh ke umi ?

5689 said...

zzzzz2018.8.14
oakley sunglasses wholesale
pandora jewelry
coach outlet online
adidas nmd runner
ugg boots on sale 70% off
ultra boost
ugg boots uk
kate spade outlet online
ray ban sunglasses
jordans

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive