Wednesday, January 9, 2013

Nasi Mandy

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari
Apa khabar semua sahabat umi...dah makan tengahari ke belum? Mungkin ada yang makan awal atau ada yang masih kenyang lagi? Umi sudah makan dalam mesyurat tadi dan masih kenyang kerana lewat bersarapan...sarapan yang agak berat iaitu nasi lemak...alhamdulillah rezeki hari ini..dah tau kan umi nak kongsikan resepi apa hari ini...eleh, kat tajuk kan dah ada...hehe... 

Siapa yang tak pernah makan nasi mandy..ini nasi mandy ayam...kali kedua umi buat sebab anak2 umi suka sangat makan nasi mandy...lebih2 lagi ada sup dari stok ayam untuk buat nasi ini...resepi umi ambil dari kak Chahaya Shiela...empunya blog spices journey... Terima kasih kak Chahaya Shiela atas pengkongsian respi nasi mandy yang sedap ini...izinkan umi kongsikan di sini pula... bagi yang nak buat sendiri nasi mandy ini boleh la cuba sebab ia mudah dan yang paling penting, SEDAP tau!

Resepi : Nasi Mandy
Oleh : Chahaya Shiela

Apa yang diperlukan?

Ayam Mandy :-
1 kg ayam
2 biji bawang besar
1 inci halia
1 biji tomato masak
1 sudu besar rempah soto tok mak
2-3 helai daun pandan
3 ulas buah pelaga
sedikit bunga lawang, kayu manis, cengkih

Caranya :
Bersihkan ayam dan potong mengikut citarasa masing-masing. Sebaiknya potong kepada 4 bahagian sahaja.
Setelah dibersihkan, rendam sebentar ayam dia dalam air bercampur serbuk kunyit. (ini adalah untuk ayam tidak hanyir dan segar). Kemudian bersihkan dan bilas.
Blendkan bawang besar, halia dan tomato.
Masukkan separuh bahan blend serta rempah soto, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga di dalam periuk yang berisi air secukupnya.
Rebus bersama ayam tadi dengan api sedrhana untuk mendapatkan stok ayam. (umi lebihkan air untuk dibuat sup)
Masukkan juga daun pandan.
Bila ayam sudah masak, keluarkan dan toskan dahulu.
Simpan stok untuk di masukkan dalam nasi.

Bahan Perap

1 sudu besar rempah soto tok mak
sedikit garam
saffron/ serbuk kunyit
perahan lemon
hirisan bawang
sedikit daun pudina

Bila sudah ditoskan, perap ayam dengan rempah soto tok mak lagi, sedikit garam, saffron, perahan lemon, hirisan bawang dan sedikit daun pudina.
Setelah 1/2 jam diperap, bakar di dalam oven lebih kurang 30-40 minit pada suhu 170 darjah sehingga gaing sedikit atau terpulang pada selera masing2.
Bila sudah masak, masukkan ke dalam periuk nasi dan letakkan di atas nasi mandy yang telah di masak.

Nasi Mandy;-
3 pot Beras Basmathi - rendam 10 minit dan toskan
Minyak sapi + minyak zaitun untuk menumis
Sedikit bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga
daun pandan
garam secukupnya
saffron (direndam dalam sedikit air panas) / pewarna kuning
Sedikit lada hitam biji (optional)
Sedikit daun pudina
Baki bahan kisar tadi

Caranya :-
Sediakan periuk untuk memasak nasi.
Panaskan minyak sapi dan minyak zaitun.
Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
Kemudian masukkan baki bahan kisar, daun pandan dan lada hitam biji.
Setelah naik bau, masukkan air rebusan ayam tadi dalam 5-6 pot beras (bergantung kepada jenis beras).
Bubuh garam dan sedikit daun pudina.
Alihkan ke periuk nasi elektrik, biar sampai masak.
Kacau perlahan supaya masak rata.
Jangan kacau kerap sangat, nanti beras hancur.
Bila sudah masak betul, masukkan saffron.

Bahan Salsa:-
1 biji buah timun - di potong dadu dan dibuang bijinya
1 biji buah tomato - di potong dadu dan dibuang bijinya
1 biji bawang besar - dihiris bulat2
sedikit daun pudina - dicincang halus
sedikit garam
sedikit minyak zaitun

Caranya ;-
Campurkan semua bahan diatas hingga rata.
Bahan Sos;-
1 biji tomato ( dibuang biji )
3 batang cili merah
6 tangkai cili padi
sedikit daun pudina
Sedikit air
Minyak zaitun
Sedikit garam
Perahan lemon

Caranya:
Blend tomato, cili merah, cili padi, daun pudina dengan sedikit air. Setelah blend, masukkan minyak zaitun, garam dan perahan lemon.

8 comments:

zila norazila said...

salam syg ummi,
amboii berselera klu dapat macam nie hari2 kan..zila pun suka buat nasi mandhi nie..mudah pastu ayam tue yg paling best kan::) yummy

umi's cup cake said...

Salam zila sayang,
a'ah zila, umi jadi lebih rajin bila anak2 suka sgt makn dan bertambah..seronok, kita pun jd kenyang...hehe

Unknown said...

salam Ummi, aduh sedap nya nasi mandhi ni macam teringin je nak buat ayam pun best jugak tu,tak pe cium bau dulu esuk2 akak lagi yg masak

Shiela said...

Tetiba akak yg teringin nal makan nasi mandy ni.. Terlioq laa.. Terbaekk.. :-)

umi's cup cake said...

Salam kak Nooriah,
Buat la kak, umi tau akak rajin..nanti bagi umi sepiring ya...x puas la

umi's cup cake said...

Terima kasih kak Shiela...kita cuba yang terbaik

ady said...

as-salam siti
sungguh menyelerakan nasi mandy siti ni..

umi's cup cake said...

Salam Abg Ady,
memang sedap dan terbaik..

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive