Friday, January 11, 2013

Kelas Kek Komersial 2 Chef Amer

Assalamualaikum dan selamat pagi
 Cerita ini dah basi la sikit tapi umi tetap nak cerita jugak...hehe..kelas ini umi pergi di Mom's Bake House di Taman Seri Pulai Perdana, Skudai Johor pada 24hb Disember 2012. Bengkel ini di uruskan oleh Pn. Siti Zaleha dan dihadiri seramai 17 orang peserta. Nama kelas ini adalah Kelas Kek Komersial 2 bersama Chef Amer. Alhamdulillah, ini adalah salah satu azam umi pada tahun 2012 dan dah tercapai. Kelas ini umi belajar 4 jenis resepi kek yang lazat dan menjilat jari jemari tau.
 Di dalam kelas ini juga umi bukan sahaja diajar buat kek dengan cara yang betul tapi lebih memahami perbezaan antara butter, bahan tenusu dan bukan tenusu, bagaimana ia terhasil, perbezaan tepung dan fungsinya, dan beza antara single action dan double action baking powder. Selain dari bahan kek dan fungsinya, Chef Amer yang telah berpengalaman dalam Coklat selama 20 tahun ini juga berkongsi tips berkaitan dengan COKLAT....yummmy....Chef juga ada memberi petua kalau ingin memasak, minta izin dengan yang Empunya iaitu Allah s.w.t. dan bercakaplah dengan bahan2 tersebut kerana dengan izinNya semua berlaku...
 Lebih teruja, apabila kak Azlita dan anaknya, Dalili datang ke kelas ini pada sesi petang...rezeki dapat jumpa kak ita yang manis dan peramah...Dalili pula malu2 je...tak sangka, termakbul juga doa umi untuk jumpa dengan mereka yang selalu umi baca di alam maya je...Hanya Allah yang tahu perasaan umi...
 Maniskan Dalili ini...
 Kelas Chef Amer tak terasa masa berlalu walaupun dari pagi hingga ke petang kerana Chef Amer pandai berlawak jenaka dan celotehnya buat kami tak kering gusi...peserta pada hari tu pun amat sporting dan bersemangat...ada yang datang dari Sabah semata-mata untuk ke kelas Chef Amer...umi pun kebetulan balik ke Johor awal dari jangkaan...nak jadi rezeki kan..lepas ini umi akan cari kelas Chef Amer di KL pulak untuk tahun 2013 ini...ada yang nak join?...jom terjah blog Chef Amer
 Kek Chocomelo
 Kek Very Berry
 Kek Cheezy Carrot Cake
 Kek Cheese
 Harap dapat berjumpa lagi
Chef yang amat ceria, kami sayang Chef

Related Posts:

  • Moist Chocolate Cake Zainuzam Zk Assalamualaikum dan selamat petang Seperti yang umi telah janjikan... umi akan panjangkan resepi kek coklat lembap yang sangat sedap dan sangat terasa coklatnya...cuma umi tak buat topping beria sangat...hanya tabur cokla… Read More
  • Moist Chocolate Cake Zainuzam & Selamat Hari Lahir Ainilhusna Assalamualaikum dan selamat pagi  Apa khabar semua sahabat umi semua..harap agar semuanya sihat dan bahagia hendaknya... selalunya kalau hari rabu ni banayak blog akan bisu tanpa bicara tapi hari ini umi nak ucapkan S… Read More
  • Kek Pelangi @ Rainbow Cake  Assalamualaikum dan selamat pagi Salam ceria buat semua sahabat umi dan semoga bunga ceria di hati kita seperti cerianya kek pelangi di atas tu..hehe...Minggu baru di bulan baru iaitu bulan Februari... ki… Read More
  • Kek Pelangi Chef Izany Assalamualaikum dan selamat tengahari Apa khabar semua sahabat umi? Semoga bertambah rahmat dan berkat Allah untuk kita semua...Lama betul umi tak update kan...dah berabuk blog umi ni... Umi tak update bukan apa... umi s… Read More
  • Mini Pavlova  Assalamualaikum dan Selamat Pagi Jumaat...   Ha... nampak tak wajah nazirah yang seronok sangat dapat menghias buah2 segar atas pavlova tu?.. puas hati sangat bila umi berikan kepercayaan hias pavlova tu.… Read More

3 comments:

Shiela said...

wahh.. bestnyer dapat belajar dgn Chef Amir.. dpt jumpa Azlita lg tu.. sungguh beruntung.. :)

umi's cup cake said...

rezeki kak, mula2 ingat tak dapat...alhamdulillah

tape said...

r4e62h0q70 j0t63o4l06 o9v16p3j39 d5j64x7h24 j0s89h8b16 m3j71e2x89

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive