Monday, January 21, 2013

Cheezy Carrot Cake Chef Amer, Tahniah Zila & Happy Birthday Ibu

Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar semua sahabat umi? Harap2 jangan la monday blues ya... semoga semuanya ceria dan bahagia... sebut pasal bahagia, umi nak ucapkan tahniah kepada sahabat umi, zila yang telah disahkan mengandung... seronok bila dengar zila mengandung setelah sekian lama..Alhamdulillah rezeki Allah berikan...Zila ni rajin orangnya dan hasil sentuhan kreatifnya membuatkan semua gambar di blog nampak menarik dan yang melihat pasti tertarik...
Umi juga nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada Ibu umi, Pn. Zaitun Yusof pada 19hb Januari yang lepas...Maaf ya ibu sebab siti tak dapat balik meraikan tapi siti dan semua adik2 harap ibu gembira dengan hadiah dari kami...We all love ibu so much...
ok la berbalik kepada resepi Cheezy Carrot Cake Chef Amer ini adalah permintaan salah seorang sahabat umi di facebook iaitu MazniHaznira Mohd Nasir... jadi umi harap Mazni berpuas hati atas perkongsiann ini...suami umi yang kurang gemar makan carrot kek pun tak cukup sepotong makan kek karot ini...
Resepi : Cheezy Carrot Cake Chef Amer
Oleh ; Chef Amer

Bahan Kek
240 gm Gula
180 gm Minyak Jagung
2 biji Telur Gred A
200 gm Tepung Kek - diayak
8 gm Bicarbonate Soda - diayak
3 gm Cinnamon - diayak
250 gm Lobak Merah - diparut
150 gm Nenas Tin - dicincang
80 gm Jus Nenas Tin
100 gm Walnut _ dipanggang dan dicincang
40 gm Hawaiian Coconut Flakes

Caranya:-
Putar gula & telur sehingga kembang, masukkan minyak. Putar lagi.
Masukkan campuran tepung, gaul sebati.
Masukkan lobak merah, nenas, jus nenas, walnut & coconut, gaul sebati.
Masukkan ke dalam tin bulat 8 inci & bakar pada suhu 175 darjah selama 90 minit.

Bahan Aising
150 gm Krim Keju
30 gm Mentega Tanpa Garam
60 gm Gula Aising
3 gm Vanilla
3 gm Lemon Paste

Bahan Hiasan
5 biji Aprikot kering - dipotong kecil - umi tak letak
20 gm Toasted Coconut- umi tak letak
1/4 buku cheese cheddar - diparut halus

Caranya:-
Pukul krim keju & gula aising sehingga kembang
Masukkan mentega, vanilla dan lemon paste. Pukul lagi sehingga kembang & sebati.
Ratakan atas kek & taburkan campuran apricot. -umi cuma ratakan dan tabur cheese cheedar.

Related Posts:

  • Kek Cawan Mentega PelangiAssalamualaikum dan salam sejahteraHari ini 7hb Oktober (hari jumaat) genap la kak ummi kuantan 45 tahun...Alhamdulillah, semoga Allah memberi seribu keberkatan dan rahmat kepada kak ummi sekeluarga...kak ummi, menjadi inspir… Read More
  • Selamat Hari Lahir Ayah & Muffin Coklat Kak YaniAssalamualaikum dan salam sejahteraBerjumpa lagi kita dengan penghulu segala hari iaitu Hari Jumaat yang barakah... hari ini 11 November 2011 atau dengan cantiknya 11.11.11 adalah hari lahir ayah umi yang amat umi cintai..Sel… Read More
  • Blended Carrot Cupcakes Kak FidaAssalamualaikum dan salam sejahteraCantikkan kalau kesemua lobak ni ada kat Malaysia...mesti warna warni lagi la warna masakan kita...macam warna warni kehidupan kita, ada suka, duka dan macam2 lagi perasaan...bagi yang tak t… Read More
  • Kek Manis Baba Nyonya : Langkah Demi LangkahAssalamualaikum dan salam sejahteraKali pertama umi masak ala baba nyonya...umi ikut majalah Rasa keluaran Februari 2010 iaitu Sajian Cina & Baba Nyonya Halal...terlalu banyak yang umi nak cuba tapi kek manis ni paling mu… Read More
  • Cheesecake Truffle yang tak sempat di TRUFFLEAssalamualaikum dan salam sejahteraLambat betul umi masukkan entry ari ni kan? Sibuk sikit dengan hal duniawi...apa khabar? masih lagi dengan monday blues ke? Hari ni umi tak sempat nak 'layan biru' sebab banyak yang perlu di… Read More

12 comments:

inazamri said...

Cheezy Carrot Cake tu mmg nampak sedap.teringinnya....

umi's cup cake said...

Inazamri, cuba la..senang je...sedap sangat

Maznihaznira Mohd Nazir said...

tq krn sudi share ye.... nampak dah cukup rasa sedapnyer.... insyaALLAH, ada kelapangan nanti, nak cuba la....

umi's cup cake said...

Sharing kan caring...nanti tunjukkan gambar dah buat ya...

ady said...

as-salam
wahhh!!! dah pandai buat kek Carrot Cake siti..mmg npk sedpa kek carrot tu..nak sikit!!

umi's cup cake said...

waalaikumsalam abg ady,
meh la datang kl..ct bagi sebuku..bukan skit je

zila norazila said...

Slm umi..
Maaf agak trlewat kemari..smalam bercuti..amik rport kad ank..tu yg x trjengh blog kkwan...wahhh mcm kek skrg nie kan..smunya sedap2..zila amik resepinya yer..nnt2zila nk cuba la..tringin nk mkn kek carrot..tq jhk atas ucapan tue..dn hppy belated bthdy buat ibu ummi tu yer..smoga dpnjgkn umur..dn sntiasa shat..aminnn

izahdaut said...

Nak kekkk..wahh kak zila preggy..tahniah..

umi's cup cake said...

salam zila,
ambil la resepi nya nnt post gambar yg cantik ya

umi's cup cake said...

izah, kek awak lagi nampak sedap dan menarik...nak kek meh la dtg gombakb

5689 said...

zzzzz2018.8.14
oakley sunglasses wholesale
pandora jewelry
coach outlet online
adidas nmd runner
ugg boots on sale 70% off
ultra boost
ugg boots uk
kate spade outlet online
ray ban sunglasses
jordans

yanmaneee said...

michael kors handbags
longchamp handbags
golden gooses sneakers
golden goose
yeezy
michael kors handbags
ferragamo belt
yeezy shoes
offwhite
coach factory outlet

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive