Tuesday, June 26, 2012

Ayam Goreng Berempah Serai

Assalamualaikum dan selamat pagi

Apa khabar sahabat2 umi samaada sahabat baru, lama, kenal ataupun silent reader.... umi harap semuanya sihat dan gembira di samping keluarga tercinta dan bersemangat untuk memasak untuk keluarga... melihat keluarga kita berselera dan menikmati makan dari air tangan kita hatta segelas minuman adalah satu nikmat yang tidak terhingga... nikmat yang tidak dapat digambarkan dengan kata2...

hari ni umi nak panjang2 kan respi dari blogger masakan yang terkenal juga iaitu LOVE2COOK... sekarang ni ada buat satu giveaway...bagi yang ingin serta boleh la klik sini.... tapi resepi ni umi ambil di myresepi.com...bila cari di blog, tak jumpa pula..mungkin umi tak pandai cari...bagi nak tengok resepi di myresepi.com...cuma umi kurangkan kuantiti bahan mengikut sukatan ayam yang umi masak...keluarga umi kecil, kalau seekor tu, banyak sangat pula...bagi yang ingin mencuba, HARUS cuba sebab sedap dan aromanya amat memikat selera...ayam ini juga boleh dimakan bersama nasi jagung, nasi goreng dan pelbagai hidangan lain...

Jom Cuba : Ayam Goreng Berempah Serai

Apa yang diperlukan?
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
  • Bahan2 dikisar bersama:-
  • 6 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 3 batang serai (yang besar)
  • ---------------------------------------
  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
  • garam dan aji secukupnye
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak yang menggoreng

Jom Cuba!

  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!
  5. Selamat mencuba! ;)

Related Posts:

  • AYAM PANGGANG BEST KAK LIZA Assalamualaikum dan selamat petang apa khabar semua sahabat umi? Diharapkan agar semua sihat sejahtera di bawah lindungan Allah... anak umi yang bungsu..selsema dan demam semanjak hari sabtu lagi.. terutamanya sebelah mal… Read More
  • Nasi Bukhari, Ayam Masak Merah dan Dalca Daging Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar semua? haha..lewat betul umi masukkan entry.. ini umi masak ketika mak dan ayah mertua umi datang ke rumah minggu lepas.. datang untuk menghantar adik yang bungsu daftar belaja… Read More
  • Homemade Pizza Sardin Assalamualaikum dan selamat pagi alahai..dah seminggu gambar ni kat draf tapi tak sempat nak menulis.. umi buat piza simple ni masa anak2 umi kurang sihat dan mintak nak makan piza..kurang selera nak makan nasi.. amboi de… Read More
  • Nasi Baryani / Beriani dan Kuah Daging Baryani Batu Pahat Assalamualaikum dans selamat tengahari Alhamdulillah, masih kita bertemu di minggu baru dengan semangat yang baru...semoga j\hidup kita lebih diberkati Allah dan dipermudahkan laluan untuk beriman dan beribadah kepada All… Read More
  • Pajeri Nenas & Ayam Masak Merah Gandingan Nasi Beriani Assalamualaikum dan selamat pagi Manusia dalam hidup ini pasti ada keterikatan dan pergaulan dengan orang lain. Maka setiap kali seorang itu mulia dalam hubungannya dengan manusia dan terpercaya dalam pergaulan… Read More

12 comments:

ady said...

as-salam Siti
Amboi2!!!pagi2 dah ada ayam goreng kat sini ya..sedap ni siti ratah2 atau mkn dgn nasi lemak..npk berselera ayam tu siti..

umi's cup cake said...

Waalaikumsalam abg ady
tu la kalau makan dengan nasi lemak sehingga menjilat pinggan la jawabnya..hehe

Unknown said...

salam Siti
nampak sedap ayam goreng tu kalau panas mmg tak cukup semua tu haaaa kan !!!

Soul Seeker said...

ayam goreng + nasi panas + kicap & smbl belacan, aduhaiii :)

umi's cup cake said...

Salam Kak Noor...memang kalau makan masa panas2...ratah semua pun tak sedar

umi's cup cake said...

Ai cik Beruang...jangan la goda saya plak...nikmatnya kan?

zila norazila said...

salam syg umi...wahh kalau zila nie mmg x jadi lauk..ratah mctu jew..he hhe:)

umi's cup cake said...

Salam sayang zila..
memang pun zila, lebih ratah dari jadi lauk...hehe

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Umi...ayam klu goreng camni,buat ratah pon sedapkan?

umi's cup cake said...

Salam kak azatie sayang,
a'ah kalau macam ni kalah la ayam KFC...terangkat

Anonymous said...

Sedap nya .. akan cuba di suatu hari nanti , insyaallah .

umi's cup cake said...

Cuba la AnneRose..insyaAllah puas hati

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive