Sunday, June 24, 2012

Popiah Goreng Keju

Assalamualaikum dan selamat pagi


Dah sarapan? Sarapan apa ya pagi ni? Umi sarapan popiah goreng keju...mungkin ramai yang dah buat...umi puas hati sangat dengan rasa popiah ni cuma tak puas hati dengan rupanya...tak seindah rasanya...kulitnya ada yang pecah dan cheese ada yang terkeluar la...


Mungkin sebab umi tak pandai kot tapi tak pe umi nak cuba lagi...sebab sedap dan anak2 umi suka sangat..rasanya yang lemak, berkrim dan tak terungkap dengan kata2....nak tau rasanya? kena la buat sendiri..hehe...popiah ni adalah umi's style..hehe, jom semak apa yang diperlukan...bahan2 boleh diubah sesuai mengikut selera...



Jom Cuba : Popiah Goreng Keju

Apa yang diperlukan?

  • Kulit popiah secukupnya
  • 5 batang sosej - dipotong kecil2
  • 6 batang crab stick - dipotong kecil2
  • 100 gram udang - dipotong kecil2
  • Sedikit lada sulah
  • 1 biji lada capsicum - dipotong kecil2
  • Keju parut secukupnya
  • sedikit tepung gandum dan dibancuh dengan sedikit air sebagai gam

Jom Cuba!
  1. Di dalam mangkuk, gaulkan sosej, crab stick, udang, lada capsicum, lada sulah dan keju parut.
  2. Ambil sekeping kulit popiah dan isikan intinya.
  3. Gulung dan lipat dengan kemas. Gamkan ujung kulit popiah dengan campuran tepung.
  4. Panaskan minyak dan jangan terlalu panas kerana pipiah akan hangus.
  5. Goreng sehingga keemasan dan angkat serta toskan minyaknya.
  6. Tunggun suam sedikit dan sedia untuk dimakan dengan sos kegemaran atau dimakan begitu saja.




Related Posts:

  • Doh Karipap Kak Shiela Assalamualaikum dan selamat pagi Eh..pagi2 dah tayang karipap yang tak berapa cun ni kan...hehe, maaf la ya sebenarnya seronok sebab dapat buat karipap yang sedap sangat...resepi dari kak shiela yang duduk seremban tu...c… Read More
  • Kole Kacang Ady  Assalamualaikum dan selamat tengahari Apa khabar? Alhamdulillah bertemu kembali minggu baru dan kedua di bulan ramadhan ini..bagi anak2 yang berpuasa mesti dah dapat sesuaikan diri... dan bagi ibu2, terutamanya suri… Read More
  • Popiah Goreng KejuAssalamualaikum dan selamat pagiDah sarapan? Sarapan apa ya pagi ni? Umi sarapan popiah goreng keju...mungkin ramai yang dah buat...umi puas hati sangat dengan rasa popiah ni cuma tak puas hati dengan rupanya...tak seindah ra… Read More
  • Classic Durian Cheesecake  Assalamualaikum dan selamat malam Mohon ampun dan maaf sebab lam dah tak update disebabkan masalah internet sikit...nak komen pun boleh malam je..sedang usaha mengupdatekan blog yang tak apa2 ni...Harap umi sekeluarg… Read More
  • Makaroni Kari Keju Bakar Istimewa buat Cik Pn Izan Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar semua sahabat umi yang setia datang ke blog yang tah apa2 ni..hehe...Umi nak mohon maaf pada sahabat umi, Cik Puan Izan sebab lambat masukkan resepi makaroni kari keju bakar yan… Read More

5 comments:

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum Umi cayangg waduhh lama tak makan popiah berkeju... anak akak suka ni...:)) mintak seketol boleh tak?? heheh

umi's cup cake said...

Wa'kumsalam...anak akak suka? Amik la semangkuk takut tak cukup seketul tu...hehe

Liza said...

ni mst anak2 akk suka sbb ada cheese...pssttt, bkn anak2 jer, umi dia pun tumpang sekali ni....hihihii

umi's cup cake said...

Betul tu kak liza...umi dia yang lebih2 tambah lemak

yanmaneee said...

nike cortez men
michael jordan shoes
yeezy boost 350
michael kors
golden goose outlet
chrome hearts outlet
golden goose
michael kors handbags
kobe shoes
kd 11 shoes

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive