Monday, June 25, 2012

Tempoyak Tumis

Assalamualaikum dan selamat pagi

Bertemu kembali kita di minggu baru...minggu terakhir bulan Jun dan sudah hampir ke bulan Julai pula...ini bernakna telah berlalu setengah tahun....sekejap betul masa meninggalkan kita...sekarang ni pula tengah musim durian dan buah-bauhan lain seperti manggis dan rambutan... dan blogger masakan pula mencetuskan idea2 lazat berasaskan durian... mengancam habis....

umi pun tak mahu ketinggalan..resepi tempoyak tumis ni resepi dari ibu kawan umi...sebenarnya ini lah kali pertama umi makan tempoyak tumis..sebelum ni hanya yang biasa di kedai makan selain pelbagai jenis 'masak tempoyak'... bila dah cuba tempoyak tumis ni...umi dah tak pandang tenpoyak 'hidup' yang biasa tu...hehe..bukan berlagak tapi tempoyak tumis ni lebih memikat selera umi... bagi yang belum cuba...moh la tengok apa yang perlu..bahannya mudah je....

Jom Cuba : Tempoyak Tumis

Apa yang diperlukan?
  • 2 helai daun kunyit, mayang halus
  • 1 keping asam gelugor
  • 5 camca besar tempoyak
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 batang serai, titik
  • minyak untuk menumis

Bahan kisar
  • 1/2 cawan cili padi kampung
  • 3 biji cili merah


Jom Cuba!
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan tempoyak dan kacau hingga rata. Tambah asam gelugor, kacau dan biar mendidih.
  2. Masak hingga pekat. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Tambah daun kunyit yang dimayang halus, gaul rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.....
  3. Jika sejukkan dan simpan dalam peti ais, boleh tahan seminggu....bila hendak makan, panaskan semula...

Related Posts:

  • Milky Peach Pudding Assalamualaikum dan selamat pagi Diam tak diam, hujung minggu ini kita akan menyambut aidil adha... Bagi yang sedang menunaikan rukun Islam ke 5, semoga mendapat Haji yang mabrur... bagi yang berkorban ternakan pula, dah… Read More
  • Kenangan & Asam Pedas Ayam Bernenas  Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar semua sahabat umi? Harap sihat sejahtera semua. Kalau ada yang kurang sihat, jangan lupa makan ubat ya... dan bersabar... umi sebenarnya tengah belek2 album gambar dan j… Read More
  • Tom Yam Air Kelapa Assalamualaikum dan selamat pagi Tom yam memang sinonim dengan tekak umi sekeluarga dan kali ini adalah pertama kali umi campurkan air kelapa... dah lama mengidam style tom yam kelapa ni tapi baru kini tercapai hehe...ras… Read More
  • Homemade Pop Corn Assalamualaikum dan selamat petang Jom tengok wayang kat rumah...umi buat pop corn ni sambil nak tengok episod akhir 'Dalam setiap sujudku' di TV9 malam tadi... lakonan pelakon Fathia dan Keith Foo sebagai pelakon utama d… Read More
  • Tepung Ranggup Untuk Gorengan Assalamualaikum dan selamat petang Sahabat-sahabat umi tengah buat apa tu? Bagi yang bekerja, walaupun mata berat sebab kenyang..kerja mesti diteruskan...bagi suri rumah, boleh la rehat sebentar setelah selesai basuh ping… Read More

13 comments:

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Salam pagi...first time akak dengar ni...bolehla akak try.

Qaseh Qhaleesh said...

waaa :DD thnx for sharing d recipe kak umi ...
cik Qaseh penah makan tempoyak tumis ni , sedap .. nak try buat tp tak reti ... nnt bole la cuba ni ...

umi's cup cake said...

Cuba la kak fatimah..memang sedap lebih2 lagi dengan nasi panas2

umi's cup cake said...

Memang sedap kan Qaseh...makan sekali pasti ank 10 kali..hehe

Shahriah Abdullah Novelis said...

Ass'kum Umi cayangg ooohh ini rupanya tempoyak tumis... ramai juga yang bertanyakan resipi.. akak tak pernah cuba.. okay nanti akak cuba.. tq dear muahzzz

Unknown said...

sedapnya Umi sayang tempoyak takde kena cari tempoyak lah nampak nya ni mesti sedap kan,,

umi's cup cake said...

Salam kak sha,
ini la tempoyak tumis..bagi umi memang sedap la...

umi's cup cake said...

cari tempoyak tu kak noor..jangan tak cari tau...

ady said...

as-salam siti
sedapnye tempoyak..tak pernah mkn tempoyak..mcm mana rasanye..?

zila norazila said...

salam umi,x pernah dgr nie..mcm best pulak tue..zila keep resepi dulu yer..mesti best:)

umi's cup cake said...

Salam abg ady,
Sedap tempoyak yg ditumis ni...ct makan bertambah2...hilang terus diet

umi's cup cake said...

Salam zila..memang best...cuba la...

Unknown said...

Assalam Siti, tempoyak pun boleh tumis ye? akak ni tak pandai mkn tempoyak, ada beli sikit tu. Entah nak masak apa taktau lagi ni.

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive