Friday, June 29, 2012

Selamat Hari Lahir Suamiku & Black Forest Cake

Assalamualaikum dan selamat pagi



Terima kasih Ya Allah kerana memberikan ku
Suami yang soleh sangat
bertangjungjawab pada keluarganya
Keluarganya dibawa mencintai dan takutkan Tuhannya


kami dididik beribadah
dan berakhlak yang mulia
SyariatMU adalah disiplin
di dalam rumah ku ini

Tanggungjawab dunia tidak dicuaikannya
Makan minum, pakaian
tempat tinggal diuruskannya
Tunjuk ajar nasihat dan pimpinan
adalah kewajipannya yang paling utama

Kasih sayang timbang rasa menjadi budayanya
Karenah anak-anak dan isterinya
dia sabar menanggungnya
Dihadapi dngan lemah lembut
tidak mengapa sekali sekala menghukumnya

Sentiasa mendoakan kami
berlapang dada amalan hidupnya
Kecewa dan putus asa mendidik
tidak ada di dalam sikapnya
Suami yang soleh sentiasa berkhidmat
kepada keluarganya
Malah sering bersimpati
dengan kesusahan mereka

Urusan akhirat sangat diutamakan
Urusan dunia tidak pula diabaikannya
di waktu mereka memerlukannya
Kesalahan anak-anaka dan isteri
sentiasa dimaafkannya
Kami dididik penuh bijaksana
dengan penuh sabar dan tabahnya

Rukun damai hidup harmoni
sentiasa diusahakannya
Rasa bersama Tuhan diutama
keluarga bahagia
Begitulah suami yang soleh
sentiasa bertanggungjawab
pada keluarganya
Kerana takutnya dengan Tuhannya
dia sangat mengambil berat keluarganya
Anak-anak dan isteri sangat taat
Kerana suaminya berwibawa
dan sangat mulia



KEK BLACK FOREST
Resepi oleh Ila cheq Sue

RESEPI CHOCOLATE SPONGE CAKE
(Loyang Kek 18cm / 7 inci)

BAHAN A:

* 3 biji kuning telur
* 100 gram gula castor
* 120 gram tepung kek
* 50 ml minyak masak
* 1 sudu kecil esen vanila
* 1/2 sudu kecil baking powder
* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara:
1. Campurkan semua Bahan A ke dalam mangkuk adunan.
2. Kacau rata menggunakan senduk kayu. Ketepikan.

BAHAN B:

* 30 gram serbuk koko Van Houtan
* 120 ml air panas.

Cara-cara:
1. Satukan bahan B.
2. Kacau sehingga serbuk koko hancur.
3. Masukkan Bahan B ke dalam mangkuk Bahan A dan kacau rata. Ketepikan.

BAHAN C:
* 3 biji putih telur
* 60 gram gula castor
* 1/4 sudu kecil cream of tar tar
* Loyang kek 18cm / 7inci

Cara-cara:
1. Sapu dasar dan keliling loyang dengan marjerin. Alas dasar loyang dengan cooking sheet. rasanya kalau nak buat next time, tak lenser mentega/butter pun ok sebab yang cheq sue buat tu, bila siap keknya jadi penyek sikit ke dalam
2. Panaskan oven dengan suhu 170 degree.
3. Dengan menggunakan mixer, pukul putih telur bersama cream of tar tar selama 2 minit.
4. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehinggan gebu dan bertanduk. Adunan tidak tumpah walaupun diterbalikkan mangkuk pengadun.
5. Campurkan adunan kuning telur ke dalam adunan putih telur.
6. Kaup balik adunan supaya sekata. Jangan terlebih kacau.
7. Masukkan adunan ke dalam loyang.
8. Bakar dengan suhu 170 degree selama 50 minit atau sehingga kek masak.
9. Sejukkan di atas redai.


CARA MENGHIAS KEK BLACK FOREST
Bahan-bahan:
* Whipped Cream (200ml)
* 25 gram gula halus cheq sue guna gula aising
* Chocolate Syrup Hershey's x guna
* Jem blueberry filling blueberry
* Dark Pitted Cherry / apa2 jenis buah pun boleh je umi guna fresh blueberry
* Buah cherry bertangkai secukupnya ni ceri biasa
* Chocolate parut -umi guna coklat urai

Cara-cara:
1. Bila kek sudah sejuk, potong kepada 3 lapis.- umi buat 2 lapis je
2. Pukul whipped cream bersama gula sehingga pekat, ringan dan gebu. (depends pd jenis whipped cream, mungkin ada yang tidak perlu tambah gula)
3. Sapukan chocolate syrup Hershey's di atas lapisan pertama. umi terus sapukan whipped cream sedikit.
4. Kemudian sapu rata whipped cream di atas jem blueberry tadi.
5. Susun Dark Pitted Cherry.umi gunakan buah blueberry segar dan taburkan juga coklat chip.
6. Tutup dengan satu lapisan kek.
7. Kemudian ulang langkah 3 - 6 untuk lapisan kedua.
8. Selepas tutup dengan lapisan ketiga kek, sapu whipped cream di seluruh kek.
9. Tabur chocolate parut di tepi kek.Jika tiada gunakan coklat rice pun boleh.
10. Paipkan cream putar rosset bulat di atas kek dan letakkan cherry diatasnya.
11. Boleh tulis wording jika mahu atau hias ditengahnya.
- umi tak buat

6 comments:

zila norazila said...

salam siti,happy bthday utk ur hubby yer..smoga sentiasa bahagia dan dilindungi ALLAH..mesti en hubby suka dpt kek tue;)

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Hem...dalam experiment akak belum ada black forest kek..boleh lah cuba resipi umi ni..happy besday buat HB umi ya semoga panjang umur dan murah rezeki

umi's cup cake said...

Salam Zila sayang,
Terima kasih atas doa zila

umi's cup cake said...

Kak Fatimah sayang,
nanti akak buat tau...suami umi cakap sedap dan nanti nak 3 potong tau

Cik Puan Izan❤ said...

ya allah..nampak sgt sedap..tapi kita tak pandai buat... all time feveret nih...^__^

umi's cup cake said...

Cuba la buat Lawa collections..umi pun cuba je..

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive