Tuesday, June 14, 2011

Roti Naik Coklat Urai


ha..ini lah tangan nazirah yang tak sabar nak makan roti naik coklat ni..ni sebenarnya resepi derhaka sebenarnya...resepi asal di sini dulu hanya plain je tapi kali ni umi ubah jadi roti coklat...teruk kan umi ni...paling nazirah suka...apa lagi coklat urai yang umi tabur la....fav. dia, jadi umi buat la untuk minum petang...kenyang sikit...

tengok tu...tak sabar...

roti ni masih lembut walaupun tiada guna pelembut roti atau penaik roti...suami umi cakap macam bau kat kedai roti...perli la tu...apa pun meh tengok resepi derhaka umi ni....


Jom Cuba : Roti Naik Coklat Urai

Apa yang diperlukan?

  • 400 g tepung roti
  • 100 g tepung Hong Kong
  • 250 ml air
  • 50 g susu tepung
  • 3/4 camca teh bread improver (umi tak letak)
  • 180 g gula perang (brown sugar)
  • 100 g mentega
  • 11 g yeast segera
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu besar coklat emulco
  • coklat urai secukupnya
Jom Cuba!
  1. Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan tadi ke dalam Breadmaker dan pilih setting untuk "doh". Tekan on dan tunggu hingga siap.
  2. Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik.
  3. Taburkan coklat urai secukupnya.
  4. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang....

versi sebelum dan selepas bakar

Related Posts:

  • Rojak Tauhu AyamResepi yang tertangguh nak buat, alhamdulillah tercapai jugak hajat nak buat...salah satu fav. suami umi..dan mintak untuk buat mee rojak plak..insyaAllah nnt umi buat..tp nazirah tak makan sangat sebab pedas skit..ok jom ten… Read More
  • Siakap Tiga Rasa Versi Umi & Air Susu CincauAssalamualaikum dan salam sejahteraIni lah pasangan menu untuk nasi pilaf tu...siakap tiga rasa versi umi...dan air susu cincau versi umi gak...versi campak2 dan orang malas...suami umi dan anak2 suka sangat makan ikan siakap… Read More
  • Nasi PilafAssalamualaikum dan salam sejahteraKali ini umi nak kongsi lagi satu resepi dari Buku Mahir Memasak Langkah Demi Langkah Masakan Lama dan Baru...resepi ini dibawah kategori Aneka Mi & Nasi iaitu Nasi Pilaf...nasi ini umi … Read More
  • Unbaked Bluberry Cheese CakeAssalamualaikum dan salam sejahteraDah lama umi tak jenguk blog ni..umi mc 3 hari sebab kurang darah dan stress doktor kata..alhamdulillah..hari ni umi dha boleh bekerja...ni umi nak tayang unbaked blueberry cheese cake yang … Read More
  • Pulut Kuning & Rendang AyamPulut kuning ni kegemaran nazirah, suka sangat sampai 3 kali tambah. pulut ni umi buat lembut je sebab nazirah suka makan macam tu bersama telur rebus kegemaran. kuah rendang ayam pun umi buat tak pedas supaya boleh la nazira… Read More

0 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive