Thursday, June 16, 2011

Ikan Cencaru Sumbat/ Belah Belakang

Suami umi minta umi masakkan ikan cencaru sumbat macam ibu umi buat..salah satu masakan yang suami umi belajar makan dari keluarga umi...sebelum ini suami umi tidak biasa makan ikan cencaru sumbat macam ni...ye la itu istimewanya kalau kita berasal dari berlainan negeri, bukan satu negeri tak elok ya..cuma bila berlainan negeri, umi boleh mencuba pelbagai masakan negeri terengganu, begitu juga sebaliknya...ikan ni umi suka goreng garing2 dan rasa manis sambalnya terasa sangat bila disumbatkan juga dibahagian perut ikan...kepada sesiapa yang nak kurangkan penggunaan minyak, boleh la bakar ikan cencaru ni selepas di masukkan sambalnya......sedapnya makan dengan nasi panas2...jemput makan....

Jom Cuba : Ikan Cencaru Sumbat/ Belah Belakang
Apa yang diperlukan?

  • 2 ekor ikan cencaru
(*belah belakang dan tarik keluar isi perutnya dari belakang perlahan-lahan, cuci bersih, toskan. Gaul garam dan serbuk kunyit.)

Untuk sambalnya:-
  • 3 ulas bawang merah - tumbuk
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk
  • 5 sudu besar cili + bawang kisar
  • 2 sudu besar perahan air asam jawa
  • 1 sudu kecil belacan
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit minyak

Jom Cuba!
  1. Tumiskan cili dan bawang hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan belacan dan air perahan asam jawa. Kacau seketika.
  3. Masukkan pula gula dan garam. Masak biar kering sedikit. Tutup apinya. Dibiarkan sejuk.
  4. Bila agak sejuk, masukkan ke dalam belahan dan bahagian perut ikan cencaru tadi.
  5. Dalam kuali leper, tuang sedikit minyak dan goreng ikan tersebut dengan api perlahan. Balikkan perlahan-lahan dan biar hingga ikan masak.

Related Posts:

  • BURGER SAMBAL a.k.a BURGER MALAYSIA Bekal ke Sekolah Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dah samapi minggu kedua persekolahan, anak2 umi pun dah boleh menyesuaikan diri dengan alam persekolahan.. semoga segalanya dipermudahkan Allah s.w.t. .. Amin.. setiap hari, sebelum… Read More
  • Menu pilihan suami 3 Ramadhan Assalamualaikum dan selamat petang sekarang dah masuk jam 4 petang..mesti kebanyakan suri ruamh tengah bersilat menyediakan menu untuk berbuka...bagi yang bekerja pula.. mungkin ada yang sempat memasak untuk keluarga.. bua… Read More
  • Homemade Pizza Sardin Assalamualaikum dan selamat pagi alahai..dah seminggu gambar ni kat draf tapi tak sempat nak menulis.. umi buat piza simple ni masa anak2 umi kurang sihat dan mintak nak makan piza..kurang selera nak makan nasi.. amboi de… Read More
  • Lontong biasa2 aje....Resepi kuah lodeh dan Sambal Ikan Bilis.. Assalamualaikum dan selamat pagi Untuk hari ini menu sarapan merangkap makan tengahari... tetiba terasa nak makan lontong ikut selera sendiri..ye lain orang lain caranya..banyak jenis lontong ada..lontong biasa, lontong … Read More
  • Kuey Teow Sup SEDAP... Assalamualaikum dan selamat sejahtera Baru masuk minggu kedua persekolahan..umi dha pening fikir menu yang anak2 umi suka untuk makan tengahari...memandangkan anak2 umi suka makan kuey teow.. dan sup..umi google la resepi… Read More

0 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive