Wednesday, June 29, 2011

Kek Lapis Asam Manis

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebenarnya kami sekeluarga dah pun sambut hari lahir suami sekali dengan nazirah masa balik kampung minggu lepas..untuk nazirah, kek pelangi...resepi di sini...manakala untuk suami umi, ibu umi masakkan pulut kuning dan beriani kambing...dan ada sedikit acara potong suka2, seperti di bawah...
Jadi kek lapis ni umi buat untuk menjamu kawan2 opis suami umi...kek ini mudah disediakan dan cepat sebab hanya perlu kukus dan bukan dibakar...bahan2 yang diperlukan juga tak banyak dan sentiasa ada di dapur kecil umi...sila abaikan tulisan tangan yang keras tu..umi tak pandai nak deko2 ni...resepi ni umi ambil dari dapur kak yatie...yang rajin dan ayu orangnya...

Jom Cuba : Kek Lapis Asam Manis

Apa yang diperlukan?

  • 1 cawan serbuk biskut tawar - klu kat mesia yg keras 4 segi kecik2
  • 4 biji telur
  • 3/4 cawan butter
  • 3/4 cawan gula
  • 1 sk ovallete
  • 1/8 cawan susu pekat - susu pekat umi dah abis so umi ganti dengan 3 sudu besar susu segar

Jom Cuba!

  1. Blend biskut tawar halus. Kemudian ayak dan ketepikan.
  2. Pukul telur, gula, butter, susu pekat dan ovallete hingga gebu.
  3. Masukkan tepung biskut sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  4. Bahagikan kepada dua bahagian dan letaklah warna kesukaan (umi letak kuning dan merah).
  5. Kukus setiap lapisan 5 atau 7 minit (bergantung ketebalan lapisan) dan letakkan hawflakes pada setiap lapisan.
  6. Penutup kukusan hendaklah dletakkan kain agar air kukusan tak menitik atas kek.
  7. Buat sehingga habis dan utk lapisan terakhir kukus 15 minit.
Nota : Kawan2 suami kata boleh buat jual...alhamdulillah

Related Posts:

  • Emmmm...Sedapnya... Assalamualaikum dan selamat tengahari Hari ni ofis umi buat potluck (betul ke ejaan ni?) untuk pelajar praktikal yang akan tamat belajar...tempoh praktikal hanya 2 bulan sahaja... umi hanya bawa makaroni kari bakar... … Read More
  • Puding Roti Kak Aida & Blogger ELC Assalamualaikum dan Selamat pagi Apa khabar sahabat umi? pejam celik..pejam celik..dah hari Jumaat dan penghujung cuti sekolah... minggu depan..mula la rutin harian seperti biasa... apa yang bermula, mesti ada akhirnya… Read More
  • Super Moist Eggless Chocolate Cake Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar semua...Jangan jemu ya... umi masih lagi bercerita menu hari lahir keluarga kecil umi yang lepas...kali ini semasa birthday nazirah dan nafiz... umi cuma sempat sediakan kek SME… Read More
  • Happy Bithday Hakimi dan Kek Sachertorte Assalamualaikum dan selamat pagi Comel kan Hakimi ni...hari ini hakimi menyambut ulangtahun ke 5 tahun...punya la seronok dapat kek sachertorte...kanak2 memang teruja dengan kek coklat dan lebih2 lagi dengan coklat warna w… Read More
  • Happy Birthday My Boys - Kanda & Ahnaf Asslamualaikum dan selamat petang Apa khabar semua sahabat umi..hari ini masih lagi bercerita pasal hari lahir..tapi kali ini untuk dua hero keluarga kecil umi... Ahnaf (1hb Julai) dan suami umi pada 29 Jun... kami buat s… Read More

0 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive