Thursday, June 2, 2011

Nasi Ayam Umi dan Ais Ribena

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini umi bawa bekal nasi ayam yang simple versi umi je...masak orang tak ada mood...sebab tak berapa sihat...(orang malas la katakan)...semalam umi cuba mesin ais manual yang baru umi terima...seronok cuma perlu pusingkan pemegangnya..baru test je semalam untuk minum petang..lepas ni boleh la umi buat cendol ke ABC ke...alatnya kat bawah ni...

Umi cuma tuangkan kordial ribena dan letak hirisan strawberi...wala...sedia untuk diminum... nasi ayam pula umi buat paling simple aka malas...ok la...tak nak celoteh banyak2...jom tengok resepinya

Jom Cuba : Nasi Ayam Umi

Apa yang diperlukan?

Bahan A
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • 2 inci halia

Bahan B
  • Mentega atau minyak sapi untuk menumis
  • 1 liter air
  • 6 ketul peha ayam
  • 2 biji kentang - dipotong dadu
  • 1 batang karot - potong bulat
  • 1 kiub perasa ayam
  • garam secukupnya

Bahan C (bahan perap ayam)
  • 4 sudu besar sos masam manis life
  • 2 sudu besar kicap manis

Bahan D
  • 2 cawan beras - bersihkan dan ditos
  • 1 biji bawang merah - dihiris
  • 1 batang serai - diketuk

Jom Cuba!

Cara (untuk sup)
  1. Kisar / blend semua bahan A dengan air secukupnya.
  2. Panaskan periuk, masukkan mentega / minyak sapi. Setelah minyak panas, tumis bahan A yang telah dikisar. Biar sampai naik bau.
  3. Bila dah naik bau, masukkan air, ayam, kentang dan karot. Bila sudah mendidih dan ayam separuh masak, masukkan kiub ayam dan perasakan garam. Biar semua bahan masak dan tutup api.

Cara (ayam)
  1. Kemudian, keluarkan ayam, toskan dan diperapkan dengan bahan C.
  2. Perap sekurang2nya 1/2 jam. Kemudian ayam boleh digoreng.

Cara (nasi)
  1. Masukkan beras kedalam periuk nasi elektrik.
  2. Ambil sup secukupnya untuk masak nasi. (Ikut sukatan air untuk masak nasi biasa).
  3. Masukkan semua bahan D dan masak nasi seperti biasa.
Hidang lah nasi bersama timun atau salad atau tomato.

Related Posts:

  • Marble Chocolate Cheesecake yang tak mableAssalamualaikum dan selamat pagiAlhamdulillah telah berjumpa lagi kita pada pagi jumaat yang penuh barakah sekali lagi..Terima kasih Ya Allah diatas rahmat-Mu dan berkatilah umur kami ini....Umi terburu-buru sikit pagi ni...a… Read More
  • Aiskrim Strawberi paling mudahatas permintaan rakan umi - En Amirul Azmey, umi catatkan resepi homemade aiskrim yang paling mudah semua orang boleh buat sebab bahan asasnya ada kat dapur masing2. rakan umi minta sebab anak2 nya suka sangat makan aiskrim t… Read More
  • Aiskrim Kacang MerahAssalamualaikum dan selamat pagiKali ini umi cuba resepi aiskrim dari yani@myresipi.com yang menggunakan kacang merah yg dah siap dalam tin..hanya 3 bahan yang diperlukan..cara nak buat pun simple je...cuma bagi yang sukakan … Read More
  • Nasi Ayam Umi dan Ais RibenaAssalamualaikum dan salam sejahtera...Hari ini umi bawa bekal nasi ayam yang simple versi umi je...masak orang tak ada mood...sebab tak berapa sihat...(orang malas la katakan)...semalam umi cuba mesin ais manual yang baru umi… Read More
  • Raspberry Ripple Cheesecake Ice CreamAssalamualaikum dan selamat tengahariBertemu kembali di minggu baru, pemulaan hari minggu iaitu hari Isnin..diharapkan semuanya lebih bersemangat dan sentiasa bersemangat baru setiap minggu...hari ini juga seorang sahabat umi… Read More

3 comments:

Farah Shamsudin said...

wahh.. nasi ayam.. best niee..

umi's cup cake said...

Sedap farah...cuba lah

umi's cup cake said...

Nurul Zakira..ambillah...banyak pun tak pe...

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive